PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Rabu, 24 Oktober 2012

Web Design Master. Who?


Web Design Master. Who?


Web Design memerlukan daya kreativiti dan skil seni yang unik. Setiap web designer memiliki id seni yang membezakan di antara satu sama lain. Namun bagi web designer yang baru berjinak dengan dunia web design, mereka boleh merujuk kepada web design master sebagai rujukan dan mencari idea. Di antara web designer master yang famous kerana hasil art adalah Fabio Sasso, Luke Fieldman, Marko Dugonjic, Nathan Jurevicius, James White dan Veerle Pieters.



Fabio Sasso (link: http://abduzeedo.com/)





Pemilik laman web Abduzeedo ni sangat kreatif dalam menghasilkan tutorial Photoshop,Illustrator, Photoshop, Flash, CSS dan sebagainya. Tutorial yang amat berbeza jika dibandingkan dengan tutorial biasa, kerana tutorial yang dihasilkan mengikut kefahaman Fabio Sasso. Falsafah beliau adalah 'sentiasa mencuba yang baru dan tidak takut akan kegagalan'. 
Hasil seni:-





Luke Fieldman (link: http://www.skaffs.com/)



Seorang lagi web designer yang hebat. Menghasilkan karya SKAFFS, seni koleksi idea aneh dan bersemangat yang berwarna-warni dan mempunyai keaslian tersendiri. Seninya sangat cachy. Beliau telah bekerja dengan syarikat-syarikat seperti Coca Cola, Facebook, Apple, Microsoft dan Disney. Bagi Fieldman, sentiasa mengikut peredaran industri, membangunkan gaya ekslusif dan mencabar diri dalam pelbagai bidang yang berbeza membantu menjadikan ia sesuatu yang menyeronokkan.
Hasil seni:-

 




 Marko Dugonjic (link: http://www.creativenights.com/)



Merupakan designer dari Croatia, seseorang yang memiliki sifat ingin tahu, dan ini adalah motivasi utama beliau untuk menceburi bidang reka bentuk laman web. Beliau adalah pereka dan pengasas Typetester.org. Dikenali sebagai guru CSS, Marko percaya dalam mereka bentuk laman web perlu mengikuti standard web, dan laman web beliau adalah salah satu contoh yang mewujudkan standard tersebut.

 Hasil seni:-




James White (link: http://www.signalnoise.com/)


Web designer berbakat yang telah tampil dengan idea sendiri dan kesan kesenian visual. Pakar dalam design menggunakan Photoshop dan Flash. Hasil kerja beliau melibatkan melakukan banyak penyelidikan di internet untuk mendapatkan inspirasi. Beliau percaya seni yang datang dari minda, bukan komputer - dan itu adalah punca sebenar inspirasi beliau.

  Hasil seni:-






Veerle Pieters (link: http://www.duoh.com/)



Pemilik Duoh!, adalah pereka wanita yang sangat berpengalaman dan telah membangunkan palet warna. Idea-idea beliau dipilih secara rawak dan boleh dilihat dari mana-mana - iklan, ilustrasi, buku dan kadang-kadang dari Adobe Kuler (color themes). Hasil dalam penggunaan warna, beliau membuktikan "rasa Veerle" pada kerjanya.
 
Hasil seni:-





Nathan Jurevicius (link: http://www.scarygirl.com/)



Pereka web Nathan Jurevicius, lelaki sebalik Scarygirl juga merupakan web designer yang tidak kurang hebatnya. 


 Hasil seni:-



Tiada ulasan:

Popular Posts