PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Thursday 9 November 2017

BERMINAT DALAM UNIT BERUNIFORM - JOM BACA



Untuk melihat video tekan link ini --TEKAN

Kelayakan Menjadi Polis, Gaji Dan Tugas Inspektor Polis
===========================
.
Tahun 2008 , kelulusan Diploma daripada mana-mana universiti yang diiktiraf masih layak sertai PDRM sebagai inspektor polis. Tapi kini tahun 2017 tidak lagi, hanya mereka yang ada ijazah sarjana Muda sahaja layak untuk menjawat jawatan Inspektor Polis. Kelayakan menjadi polis , gaji dan tugas Inspektor Polis kini telah berbeza dengan tahun sebelumnya. Oleh sebab gaji juga boleh dikatakan tinggi, ianya salah satu sebab menarik minat anak muda sertai pasukan PDRM.
.
Kelayakan Menjadi Polis:
==================================================
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Akademik :
=========
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Inspektor Polis
================
Tangga gaji Inspektor berbeza menurut kelayakkan dan juga jurusan ketika di Universiti. Secara amnya permulaan gaji adalah antara RM2329 sehingga RM8883. Ini adalah gaji yang belum di campur dengan elaun khas kerajaan dan juga kos sara hidup.
Tugas Inspektor Polis :
=================
.
Kebiasaannya tugas sebagai Inspektor Polis lebih banyak di lapangan. Antara tugas paling selari dan dominan sebagai Inspektor Polis adalah sebagai pegawai penyiasat tidak kita Jenayah mahupun kes Trafik. Bagi saya sendiri, bermula kerjaya seorang Inspektor Polis adalah sebagai Pegawai Penyiasat Trafik, di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur selama 3 tahun.
Sebagai seorang Pegawai Penyiasat Trafik, hati, jiwa dan perasaan mestilah kental dalam menghadapi kemalangan maut dan juga mati on the spot. Setiap serpihan mayat dan juga darah adalah satu perkara yang wajib dihadapi dengan penuh keberanian. Bukan mudah, tapi saya pasti ramai orang mampu lakukan dengan terbaik dan niat membantu mereka yang terlibat dengan kemalangan sebaiknya.
Semoga tulisan ini dapat menjadi sebahagian daripada rujukan adik-adik yang minat untuk sertai pasukan PDRM

PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920

Popular Posts