TERKINI - PERISTIWA BERDARAH Lahad Datu, SABAH !! Dan kali ini, apakah alasan pemimpin pakatan pembangkang yang sebelum ini membangkitkan kemarahan rakyat kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Sabah?

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN). Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi. Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO. Walaubagaimana pun, rakyat tidak bodoh dan akan menghukum kepimpinan pakatan pembangkang di PRU13 nanti!