SEJARAH & PENGENALAN
INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI pada mulanya didaftarkan sebagai Institut Pendidikan Swasta (IPS) dibawah Akta Pendidikan 1961 (SRJ 1262) pada Februari 2000 dan mula beroperasi di Pasir Gudang Johor Bahru. Pada April 2000 pula Insitut Teknologi Baiduri ditauliahkan sebagai ‘Pusat Bertauliah’ dengan nombor kod pusat L00309 khusus menjalankan Program-program Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Di awal-awal penubuhan, Institut Teknologi Baiduri menjalankan kursus-kursus kemahiran yang utama iaitu :
a) | Kursus Elektrik - | C-051 | |
b) | Kursus Elektronik Industri – Peralatan - | E-011 |
Jabatan Elektronik
Kursus Elektronik merupakan kursus yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang Elektronik. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan berdaya saing bagi menampung peluang pekerjaan
Program yang ditawarkan dalam kursus Elektronik adalah di Institut Teknologi Baiduri :-
1.1 Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2)
(Electronic equipment, Appliance Installation & Troubleshooting)
1.1.1) Kurikulum :
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik merupakan kursus dimana pelatih di ajar melukis Elektronik Skematic, mengendalikan dan menguji Instrument Elektronik, memasang peralatan Elektronik Industri, dan membaikpulih peralatan Elektronik Industri.
1.1.2) Tempoh pengajian -12 bulan
1.1.3) Peluang Pekerjaan :
o Juruteknik Elektronik di syarikat Industri
o Boleh terus menyambung pengajian ke tahap 3, 4 dan 5
1.1.4) Syarat-syarat kelayakan :
o Umur melebihi 15 tahun
o Warganegara Malaysia
o Pembelajaran sepenuh masa
o Lepasan SPM
Jabatan Elektrik
Kursus Elektrik merupakan kursus yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang Elektrik Matlamat kursus ini adalah untuk menghasilkan graduan-graduan berkualiti dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan teknologi terkini dan menjana perkembangan industri Negara.
Program yang ditawarkan dalam Kursus Elektrik Institut Teknologi Baiduri :-
2.1 Juruteknik Elektrik (EE-320-2 : 2012)
(Single Phase Electrical Installation and Maintenance)
2.1.1) Kurikulum :
Juruteknik Elektrik merupakan kursus dimana pelatih diajar mengenai pemasangan elektrik satu fasa yang merangkumi, Lukisan elektrik, Pendawaian Domestik dan Industri, Membaikpulih Kerosakkan, Penyelenggaraan Elektrik, Pengujian Elektrik dan Motor Satu Fasa.
2.1.2) Tempoh Pengajian – 1 Tahun
2.1.3) Peluang Pekerjaan :
o Juruteknik Elektrik Pendawaian Satu Fasa
2.1.4) Syarat-syarat kelayakan :
o Umur melebihi 15 tahun
o Warganegara Malaysia
o Pembelajaran sepenuh masa
KEMASUKAN SESI JANUARI/FEBUARI 2019
(Kouta Terhad - 25 Pelatih Sahaja)
SKM Elektrik - Tahap 2
Pendaftaran : RM250
HOSTEL : RM150 sebulan + Deposit RM150
Yuran Pengajian : RM7500 (Pinjaman PTPK)
Elaun: RM400 sebulan (PTPK)
Tempoh pengajian: 12 Bulan
SKM Elektronik - Tahap 2
Pendaftaran : RM250
HOSTEL : RM150 sebulan + Deposit RM150
Yuran Pengajian : RM5950 (Pinjaman PTPK)
Elaun: RM400 sebulan (PTPK)
Tempoh pengajian: 12 Bulan
SIJIL TAMBAHAN:
- KURSUS PEMASANGAN CCTV ( PERCUMA bagi sesi 2019)
- Institut Teknologi Baiduri
- Tingkat 13A, Unit 13A-01, City Plaza, Jalan Tebrau, 80250, Johor Bahru.
- Hubungi : 012 918 2920 (En.Shamsul)
PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920