PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Wednesday 8 March 2017

Peluang Pekerjaan dalam sektor Penguatkuasaan Undang-Undang & Keselamatan

Berminat untuk Bekerja dalam Sektor Penguatkuasaan Undang-Undang & Keselamatan ?

Salam sejahtera, Pengisian kali ini kami ingin menerangkan tentang salah satu program pendidikan yang kami sangat-sangat syorkan kepada para lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian mereka.




Program tersebut adalah Diploma Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-Undang. Diploma ini di jalankan di Kolej Saito bertempat  di Petaling Jaya.

Diploma ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia oleh Tokoh Pakar Keselamatan Negara yang juga Pengarah Akademi Keselamatan di sini iaitu Datuk Kamaruddin Ismail.



Diploma ini merupakan satu-satunya diploma seumpamanya dan yang pertama yang ditawarkan di Malaysia. Program pengajian ini  dirangka bagi memenuhi keperluan industri keselamatan yang sangat diperlukan pada masa kini samada di sektor kerajaan dan juga swasta.

Potensi bagi lepasan pengajian bidang ini mendapat kerja sangat tinggi kerana silibus pengajian yang disediakan mampu memantapkan pemahaman dan peranan graduan dalam pengetahuan dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Tempoh pengajian adalah selama dua tahun setengah termasuk praktikal. Pelajar yang layak dan terpilih mengikuti kursus ini akan mendapat pembiayaan kewangan dari pinjaman PTPTN.Program pengajian ini juga menyediakan elaun kerja melalui konsep bekerja sambil belajar kepada pelajar yang berminat.

Sewajarnya bagi anda yang mempunyai cita-cita dalam kerjaya yang berasaskan bidang pengutkuasaan undang-undang dan keselamatan seperti polis, kastam, jpj, imigresen, tentera, bomba dan lain-lain perlu mengambil peluang terbaik untuk mengikuti kursus ini.

Bagi yang berminat anda boleh mengisi borang di Borang Permohonan atau emailkan kepada kami ke shamsul.sst@gmail.com. Atau untuk keterangan dan pertanyaan lanjut anda boleh Hubungi Kami dan boleh hubungi 012-9182920.


PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920

KEMASUKAN MAC/APRIL 2017


Di bawah bidang penguatkuasaan undang-undang, terdapat 4 buah agensi yang diberi tanggungjawap melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan dadah. Agensi-agensi ini ialah:-
i)  Polis Diraja Malaysia
ii) Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
iii) Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan
iv) Unit Pencegah Penyeludupan(UPP)

Polis DiRaja Malaysia
Penguatkuasaan undang-undang dalam membanteras masalah dadah ialah tanggungjawap mutlak setiap pegawai dan anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak kira di bahagian mana mereka berkhidmat. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 3(3) Akta Polis 1967 yang menekankan bahawa tanggungjawap setiap pegawai dan anggota polis ialah menangkap dan mendakwa mana-mana pesalah kerana melakukan apa jua kesalahan.

Walau bagaimanpun, pada tahun 1972, apabila ancaman dadah terus meningkat, kerajaan telah menubuhkan sebuah agensi yang dinamakan Pusat Biro Nakotik. Pusat Biro Nakotik(PBN) telah diletakkan di bawah undang-undang dalam usaha menguatkuasakan undang-undang untuk masalah dadah dalam negara. Pegawai dan anggota biro ini adalah dipilih khas terutamanya daripada Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen.
Sementara itu, dalam tahun 1975 satu bahagian yang dikenali dengan nama Unit Anti Dadah (D8) telah ditubuhkan bi bawah Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Polis DiRaja Malaysia. Objektif utama Unit Anti Dadah ialah untuk membanteras masalah dadah dalam negara dengan menguatkuasakan undang-undang dadah yang sedia ada. Namun begitu, bahagianbahagian lain dalam Jabatan Polis masih mempunyai tanggungjawap yang sama dalam mengawal masalah dadah. Pusat Biro Nakotik dibubarkan pada bulan Julai 1979. Agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam dan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan juga tertakluk dalam usaha membanteras dadah mengikut bidang tugas masing-masing.
Pada awal tahun 1980, Unit Anti Dadah (D8), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah diubahsuai serta dibesarkan dan seterusnya dinamakan Cawangan Anti Dadah (CAD), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM. Dengan wujudnya CAD, maka segala tugas penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan dadah sebelum ini dilaksanakan oleh semua bahagian Jabatan Polis telah disatukan dan dipertanggungjawabkan kepada CAD.

Namun begitu, bukanlah bermakna anggota polis daripada lain-lain bahagian terlepas daripada tanggungjawab membanteras dadah dengan wujudnya CAD. Mereka masih lagi mempunyai tanggungjawab yang sama selaras dengan peruntukkan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, tetapi penekanan, perhatian dan penumpuan khas terhadap masalah dadah adalah tanggungjawab utama pegawai dan anggota CAD. Pada tahun 1996, CAD dinaikkan taraf sebagai Jabatan Narkotik.

Peranan Jabatan Narkotik,PDRM
Objektif utama Jabatan Narkotik, PDRM ialah untuk memberi penekanan dan tumpuan khas terhadap masalah dadah dalam negara dengan menyatu dan merancang program serta aktiviti penguatkuasaan undang-undang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Jabatan Narkotik, PDRM mempunyai bidang tugas seperti berikut:
  1. Mengumpul risikkan yang berkaitan dengan pengedaran dadah
  2. Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dan ahli sendikit dadah
  3. Menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
  4. Tukar menukar maklumat risikkan dengan agensi-agensi luar negeri dan juga tempatan
  5. Menyediakan latihan tempatan dan luar negeri untuk pegawai-pegawai.
  6. Penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan tahanan pencegahan
  7. Menahan penagih-penagih dadah untuk tujuan rawatan dan pemulihan
  8. Menyelaras dan menyelia pergerakkan dan kegiatan bekas-bekas penagih / pesalah dadah
  9. Memelihara rekod, butir dan perangkaan mengenai penagihan / penyeludupan / pengedaran dan penjualan dadah.

Cawangan Narkotik, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia adalah salah satu daripada agensi penguatkuasaan dalam usaha kerajaan Malaysia membenteras Pengedaran dan penyeludupan dadah. Jabatan Kastam ini merupakan benteng pertahanan yang pertama untuk membenteras penyeludupan dadah ke dalam negara melalui kawasan sempadan dan pintu-pintu masuk rasmi. Ini dapat menghalang mengedaran dan penjualan dadah dalam negara.
Di bawah jabatan ini, sebuah Cawangan Narkotik ditubuhkan pada 1 Jan. 1980 di bawah Bahagian Pencegahan, Jabatan Kastam. Cawangan ini mempunyai 3 unit penting iaitu: Unit Pengawasan / Penyiasatan, Unit Anjing Pengesan Dadah, dan Urusetia. Cawangan Narkotik akan hanya wujud di peringkat ibupejabat sebagi Urusetia Jabatan dengan semua aspek penguatkuasaan undang-undang.

i.Bidang tugas
Cawangan Narkotik mempunyai bidang tugas seperti berikut:-
  1. mencegah kegiatan penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah yang melalui kawasan sempadan dan pintu-pintu masuk rasmi. Pencegahan ini dibuat dengan cara mengawal, mengawas dan memeriksa ke atas barang dan kenderaan di lapangan terbang, Pelabuhan-pelabuhan, Pejabat-pejabat Pos dan pintu masuk rasmi ke Malaysia melalui jalan raya serta sekatan jalan raya dan pemeriksaan di atas keretapi.
  2. Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dadah, penyeludup dadah dan ahli sendikit dadah.
  3. Mempertingkatkan pengitipan, pengawasan dan pengendalian tugas-tugas di setiap peringkat.
  4. Mempertingkatkan kerjasama antarabangsa melalui pertukaran maklumat, pengetahuan dan latihan. Kerjasama agensi-agensi dalam negeri juga dipertingkatkan.
  5. Penggunaan anjing-anjing terlatih di tempat-tempat tertentu.
  6. Perisikkan dan penyelidikkan serta penyimpanan rekod-rekod orang yang tetangkap, terlibat dan disyaki.
ii. Program
Jabatan Kastam menjalankan usaha-usah risikkan dalam negeri melalui sistem menggunakan imformer . Imformer diberi galakkan dengan bayaran hadiah bayaran di atas maklumat yang diberi. Selain darpada itu, cara pengawasan juga digunakan di tempat-tempat yang perlu dan ke atas orang-orang yang keluar masuk ke negara ini. Pengawasan dibantu dengan penggunaan anjing-anjing pengesan dadah.
Kerjasma yang erat digunakan bagi risikan luar negeri daripada agensi penguatkuasa antarabangsa dan pentadbiran-pentadbiran kastam melalui saluran dua hala unttuk mengatasi masalah penyeludupan dadah. Sekatan-sekatan juga dijalankan dengan menggunakan bot-bot rondaan dan peralatan rondaan pengairan dan darat dengan lebih berkesan.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan adalah sebuah agensi yang bertunggungjawab di dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan penggunaan bahan-bahan narkotik dan psikotropik dalam bidang sains dan perubatan. Tanggungjawab ini dikuatkuasakan melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan. Unit Penguatkuasa, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah wujud dalam tahun 1975. Bahagian Perkhidmatan Farmasi bertanggungjawab di atas program farmasi. Di antara objektifnya ialah:-
  1. Untuk menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain keluaran farmaseutikal, kualiti dan keselamatan penggunaan ubat-ubatan tradisional dan kosmetik.
  2. Untuk menentukan supaya pengimportan, pengekspotan, pengurusan, pergerakkan dan penjualan ubat-ubatan dan lain-lain keluaran farmaseutikal dilaksanakan mengikut undang-undang.
Sejumlah 5 undang-undang dikuatkuasakan oleh Bahagian Farmasi. Di antaranya yang berkaitan dengan pengawalan dadah berbahaya dan bahan-bahan psikotropik ialah:-
  1. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, disemak 1989.
  2. Akta Racun 1952, disemak 1989 termasuk peraturan racun (bahan psikotropik) 1989
  3. Akta Jualan Dadah 1952, disemak 1989 (termasuk peraturan kawalan dadah dan kosmetik) 1984
  4. Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, disemak 1983
Pengawalan dan pengawasan ini dijalankan seperti berikut:-
  1. Pengawalan amalan farmasi, mengimportan, pengekspotan, penjualan dan pengeluaran ubat-ubatan dan racun-racun berjadual. Pengawasan dilakukan melalui pendaftaran ahli-ahli farmasi dan pelesenan permis-permis, pengeluaran permit-permit untuk import dan ekspot, penyediaan dan penguatkuasaan piawaian bagi bahan-bahan farmasiseutikal. Kawalan mengiklankan ubat dan bahan-bahan lain didapati mempunyai nilai-nilai terapeutik dan juga penyiasatan biasa ke atas rekod-rekod di permis serta serbuan-serbuan ke atas permis dan saluran-saluran keluar yang tidak berlesen.
  2. Pengawasan ke atas pergerakkan dan penggunaan yang dibenarkan bagi bahan-bahan narkotik dan psikotropik. Firma-firma swasta yang mempunyai urusan berhubung dengan dadah-dadah berbahaya dikehendaki menegemukakan perangkaan jualan dan penggunaannya.
  3. Pengawasan ke atas bahan-bahan farmasetikal terutama sekali penyediaan herba untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi bahan-bahan beracun dan logam-logam berat yang merbahayakan kesihatan.
  4. Pengiklanan ubat-ubatan melalui media massa dan lain-lain sebaran ditapis untuk mempastikan ianya mematuhi peruntukkan Akta Ubatan (Iklan dan Penjualan ) 1956.
  5. Pengawalan mutu bagi memastikan mutu, potensi dan keselamatan penggunaan keluaran farmasetikal dan ubat-ubatan tradisional. Di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, 1984, ubat-ubatan dan kosmetik perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sebelum dipasarkan.
i. Pelaksana Tugas
Untuk memastikan kualiti, efekasi, keselamatan penggunaan dan penjualan ubat dilaksanakan dengan betul, maka tugas berikut dijalankan:-
  1. Pemeriksaan perimis berlesen berlesen termasuk farmasi, kilang farmasi, pemborong dan peruncit bahan-bahan kimia dan kilang-kilang untuk tujuan pengeluaran lesen-lesen, permit dan juga mempastikan peruntukkan undang-undang dipatuhi.
  2. Pemeriksaan klinik pengamal perubatan, doktor veterinar dan juga hospital-hospital swasta
  3. Pemeriksaan ubat-ubatan, bahan-bahan kimia dan kosmetik yang diimport atau dikilangkan
  4. Pengawasan ubat-ubatan, bahan kimia dan kosmetik yang dupasarkan
  5. Serbuan ke atas premis yang melakukan kesalahan seperti kedai ubat, premis yang tidak berlesen dan pengamal perubatan tradisional
  6. Pengawasan iklan ubatan yang disiarkan melalui media massa
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) telah ditubuhkan pada tahun 1977 dan pada dasarnya adalah
satu pasukan bersepadu gabungan agensi-agensi penguatkuasa pencegah penyeludupan seperti berikut:
      * Jabatan Polis DiRaja Malaysia
      * Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
      * Jabatan Imigresen
      * BERNAS ( Padi Beras Nasional Berhad )
      * Unit Pencegah Penyeludupan
UPP biasanya ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi sarang kepada kegiatan penyeludupan di sepanjang sempadan darat dan perairan Malaysia-Thailand

Bidang Tugas
Tugas utama UPP ialah untuk mencegah penyeludupan barang-barang bercukai dan tegahan dan juga mencegah kemasukan orang secara haram. Di antaranya ialah:

Senjata api, bahan-bahan letupan, senjata tajam dan dokumen-dokumen yang diharamkan.
Semua jenis dadah berbahaya yang diseludup masuk ke Malaysia.
Semua jenis barang-barang bercukai dan tegahan yang diharamkan yang diseludup masuk atau keluar Malaysia

PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920

SESI PENDAFTARAN KOLEJ SAITO MAC/APRIL 2017

SESI PENDAFTARAN KOLEJ SAITO MAC/APRIL 2017



PELUANG KEPADA SEMUA LEPASAN SPM 2016.
Program yang relevan selepas tamat belajar. Usahama dengan industri dan kolobrasi dengan 30 syarikat.

Program :
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  • Diploma Pengurusan Keselamatan
  • Diploma Pengurusan Penguatkuasa Undang-undang

Keistimewaan :
  • Work & Study - Di tempat ke syarikat2 usahama bagi mengalami suasana pekerjaan sebenar.
  • Yuran pengajian antara yang terendah, biasiswa dan hostel 6 bulan percuma.
  • Pendaftaran RM500 sepanjang Pengajian dan tiada bayaran sembunyi.

  • Tempat adalah terhad!! Hubungi Segera 012 918 2920 bagi tempat.



PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920

Popular Posts