PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Monday 22 October 2012

Soalan Lazim


  1. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menamatkan sesuatu program diploma?
    Tempoh tamat sessi pembelajaran 2 1/2 tahun dan latihan industry selama 1 semester.
  2. Adakah sebarang bantuan kewangan diperuntukan kepada pelajar?
    Ya. Pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
    BIASISWA kepada Pelajar yang diluluskan oleh College MCS.
  3. Adakah saya perlu membeli komputer?
    Anda digalakkan untuk memiliki komputer sendiri kerana kebanyakkan kelas berasaskan komputer. Anda digalakkan menyiapkan projek-projek di rumah, sekiranya anda tidak dapat menyiapkan projek di rumah, anda perlu menggunakan makmal di mana anda terpaksa menghadapi situasi yang sukar seperti samada menggunakan makmal komputer secara bergilir-gilir atau di kafe.
  4. Bilakah saya boleh menggunakan komputer?
    Makmal boleh digunakan mengikut waktu kelas yang disediakan dan mendapat kebenaran daripada pensyarah yang berkaitan.
  5. Adakah sesuatu tugas/projek yang diberikan agak sukar?
    Tugas keperluan yang ditetapkan sesuai dengan keperluan industri. Usaha yang tinggi untuk memberi latihan merangsang minda untuk mencapai keputusan yang berqualiti tinggi.
  6. Berapakah bilangan pelajar di dalam setiap satu kelas?
    Jumlah pelajar adalah sekitar 20-30 orang dalam setiap kelas.
  7. Apakah bahasa pengantar yang digunakan semasa pembelajaran?
    Bahasa pengantaran yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, pensyarah bersedia membantu pelajar untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu.
  8. Adakah penilaian majikan kepada seseorang pelajar yang dilakukan semasa latihan industri digunakan sebagai rujukan?
    Ya. Maklumat yang diberikan oleh penilaian majikan semasa latihan industri boleh dijadikan panduan dan sebagai maklumat peribadi seseorang pelajar yang tamat pengajian.
  9. Adakah pengangkutan awam disediakan ke MCS?
    Perkhidmatan bas awam dan teksi mudah diperolehi di sekitar kawasan Banting.
  10. Adakah asrama disediakan bagi semua pelajar?
    Ya.
  11. Apakah aktiviti sosial yang disediakan oleh kolej?
    Kami menyediakan aktiviti seperti lawatan sambil belajar mengikut kursus yang dipelajari, perkhemahan, khidmat masyarakat dan sebagainya.

  12. Apa aktiviti sosial yang akan disediakan oleh kolej?
    Kolej MCS menyediakan aktiviti-aktiviti seperti:
    Acara khusus dan kompetisi sepanjang tahun akademik
    Bidang perjalanan ke tempat-tempat yang berkaitan pengajian anda
    Kelab & Masyarakat

No comments:

Popular Posts