PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Rabu, 24 Oktober 2012

Facebook kena HACK? Puncanya...


Facebook kena HACK? Puncanya...



Page Pfizer digodam oleh Anonymous

1st Punca: Phishing
Pernah kena dan terkena? Phishing biasanya berlaku melalui email yang diterima yang mengatakan dari Facebook dan meminta anda memasukkan username dan password pada link diberikan untuk tujuan keselamatan ataupun pengumpulan maklumat. Melalui laman Facebook palsu yang anda klik dari link email tersebut, semua maklumat peribadi anda terdedah. Elakkan daripada memberikan password pada mana-mana website atau link yang meragukan. Pastikan anda semak URL nya, ataupun paling selamat tidak klik pada link tersebut. Untuk lebih kepastian, tanya secara terus pada pemilik atau pentadbir web tersebut.

Ni fishing ye bukannya PHISHING



Ini contoh email Phishing


2nd Punca: Keylogging
Keylogging menyimpan log (rekod aktiviti) setiap kali anda menggunakan komputer. Jika penggodam memiliki akses walau sekali, dengan secara mudah dia boleh mencuri password anda. Skrip keylogging ini biasa bekerja di sebalik aktiviti anda lakukan dan susah untuk dikesan prosesnya. Jika sesiapa sahaja boleh mengakses komputer anda, berhati-hatilah jika ada yang cuba memasukkan virus atau trojan ke dalamnya. Selalu scan komputer dengan antivirus, dan kawal akses komputer anda dan gunakan password yang kukuh (campuran aksara dan digit).

Selalu update antivirus anda ye



3rd Punca: Password Lemah
Sentiasa tahu dan kenal pasti dengan sesiapa anda berkongsi maklumat secara online. Kebiasaannya pengguna menggunakan password yang mudah diingati dan selalunya ada hubungkait dengan maklumat keluarga dan hobi. Dengan sedikit usaha, password anda dapat diteka. Jangan mudah mencipta password yang senang. Cuba gabungkan aksara dan digit seperti ini 89hq#Ls1.




4rd Punca: Primary email
Hacking boleh terjadi melalui primary email anda gunakan. Andaikan anda guna Gmail untuk akses Facebook. Hacker akan cuba memecah masuk Gmail anda, dan cuba menukar password Facebook anda. Apabila password Facebook telah ditukar, maka hacker akan cuba memanipulasi Facebook atau mencuri gambar atau info untuk tujuan jahat. Rakan Facebook anda mungkin juga boleh menjadi mangsa mereka melalui info email.




5rd Punca:  Password Sama
Jika anda menggunakan password sama bagi setiap login mana-mana website, ia sangat berisiko. Sistem maklumat sentiasa ada penggodam yang ingin mencuri nama, email dan password. Jika pentadbir sistem sentiasa memantau bagi memastikan rangkaian selamat, anda selamat. Namun penggodam masih akan cuba mencuri password anda. Gunakan password yang berlainan pada setiap website untuk menggelak anda menjadi mangsa penggodam.

Muka terkejut selepas kena HACK

Tiada ulasan:

Popular Posts