PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Ahad, 12 Mei 2013

Jom Mendaftar di KOLEJ SAITO DAN INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI JOHOR



Kolej Islam Antarabangsa (IIC), KOLEJ SAITO DAN ITB


Tentang Kolej Saito suatu masa dahulu Pada tahun 1988, Encik Tetsuo Saito, seorang lelaki dengan penglihatan, ditubuhkan Saito College. Saito College mulanya adalah komited untuk mengajar keindahan budaya Jepun dan bahasanya. Dengan naluri keusahawanan yang luar biasa, beliau mula membuat sejarah dalam pendidikan tinggi Malaysia dengan memperkenalkan kursus-kursus dalam reka bentuk. Ini menjadikan Saito College perintis dalam pendidikan reka bentuk di Malaysia. Visi beliau bukan sahaja untuk mendidik dan memupuk bakat dalam reka bentuk, tetapi juga untuk mengenal pasti dan menyerlahkan semangat besar dalam pelajar untuk menyumbang kepada dunia seni dan reka bentuk. Bagi 26 tahun yang lalu, Saito College telah rendah diri tetapi berterusan membina reputasi mereka sebagai kolej reka bentuk yang pertama di Malaysia, melahirkan graduan yang merangkumi nilai-nilai yang Encik Saito dibayangkan demikian; kegigihan, dedikasi, peluh dan seni.


INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI


INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI  pada mulanya didaftarkan sebagai Institut Pendidikan Swasta (IPS) dibawah Akta Pendidikan 1961 (SRJ 1262) pada  Februari  2000 dan mula beroperasi di Pasir Gudang Johor Bahru. Pada April 2000 pula    Insitut Teknologi Baiduri ditauliahkan sebagai  ‘Pusat Bertauliah’ dengan nombor kod pusat  L00309  khusus menjalankan Program-program Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan  Kemahiran Malaysia (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.  Di awal-awal  penubuhan,  Institut Teknologi Baiduri  menjalankan kursus-kursus kemahiran yang utama  iaitu :  


a)Kursus Elektrik -C-051
b)Kursus Elektronik Industri – Peralatan  -E-011
c)Kursus Komputer -D-041
d)Kursus Sistem Maklumat -D-060

Selaras dengan kurikulumnya yang diiktiraf oleh kerajaan dan ditambah dengan  perkembangan pendidikan di Pasir Gudang itu sendiri yang  semakin berkembang pesat maka pada tahun 2001 Institut Teknologi Baiduri diberi kelulusan menjalankan Kursus-kursus Diploma  yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang kini dikenali sebagai MQA.  Kursus-kurus tersebut adalah :

a)Electrical & Electronic Engineering (E &E)
b)Computer Engineering (CE)
c)Business Administration (BA)

Beberapa cawangan juga telah dibuka bagi memenuhi tuntutan pasaran  pekerjaan dalam bidang Industri  di Singapura, Johor Bahru dan khususnya di Pasir Gudang itu sendiri.  Pada tahun 2002 juga telah ditubuhkan satu lagi cawangan Institut Teknologi Baiduri di Nusa Damai, Pasir Gudang serta tahun 2003 dibuka satu lagi cawangan di Skudai Johor Bahru.

Pemilik Syarikat Insititut Teknologi Baiduri adalah  Central Potrfolio Sdn. Bhd yang juga memiliki Saito College Sdn. Bhd.  yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor.   Saito College Sdn. Bhd. adalah  merupakan badan induk utama kepada Institut Teknologi Baiduri. 



Kolej Islam Antarabangsa (IIC)

Sedikit fakta dan maklumat tentang Kolej Islam Antarabangsa (IIC)bagi pelajar lepasan SPM yang mahu memilih kolej bagi menyambung pengajian.

Kolej Islam Antarabangsa atau IIC yang ditubuhkan pada 2001 adalah sebuah institusi milik penuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui anak syarikatnya IIUM Higher Education Sdn Bhd.

Sehingga kini IIC melahirkan lebih daripada 5,000 graduan, dengan pelajar semasa berjumlah 4,200 orang yang mengikuti pelbagai program pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang kini ditadbir oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Madya Dr Shafaai Musa.

Objektif penubuhan IIC ialah untuk melahirkan mahasiswa yang bukan saja berkebolehan dalam bidang akademik, malah cemerlang dari segi sahsiah. Untuk mencapai objektif itu, ciri-ciri dan nilai yang positif sentiasa diterapkan di dalam pelaksanaan setiap program akademik mahupun sistem pentadbiran.

Konsep 'Islamization of Knowledge' atau mengislamisasikan ilmu pengetahuan sentiasa dianjurkan agar warga IIC dapat menyeimbangkan ilmu duniawi atau ukhrawi (acquired and revealed knowledge) di dalam kehidupan seharian.

Kurikulum pengajian di IIC dibentuk berteraskan kualiti pendidikan antarabangsa dan mengikuti perkembangan terkini yang memenuhi keperluan pasaran dengan dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang dianggotai professor dari UIAM dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta wakil sektor industri.

Sehubungan itu, program IIC mendapat Perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA dan diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Graduan IIC juga diterima menyambung pengajian di IPT Awam tempatan dan universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Australia.

IIC juga adalah kolej islam pertama yang berjaya dianugerahi sijil ISO 9001:2008 dari SIRIM dan QAS dan mengekalkannya sejak 2004.

Seperti UIAM, IIC juga percaya bahawa mengislamisasikan ilmu pengetahuan (Islamization of Knowledge) adalah sebahagian kaedah untuk mengimbangi ilmu keduniaan dan ilmu wahyu. Ini adalah sejajar dengan pendekatan dan konsep islam yang sebenar yang secara tidak langsung dapat memenuhi misi dan visi IIC untuk menjana graduan yang profesional dan bertaqwa ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dan terbilang untuk kemajuan ummah pada masa hadapan.

Sebagai bukti kesungguhan IIC menitik-beratkan kualiti pendidikan, program akademik di IIC dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang kebanyakan ahlinya adalah profesor dan dekan dari UIAM dan sebahagiannya adalah anggota Senat UIAM sendiri.

Lembaga Akademik ini berfungsi untuk mengawal selia program akademik IIC, sejajar kehendak UIAM yang merupakan universiti induk kolej ini, yang sentiasa mementingkan kualiti pendidikannya.

Lembaga ini berperanan menilai dan memantau kurikulum dan kursus yang dijalankan di IIC, memastikan peperiksaan yang dijalankan menepati standard dan menjadi bahan yang mengesah dan meluluskan keputusan peperiksaan yang dijalankan di IIC.

IIC adalah satu-satunya kolej swasta di Malaysia yang mempunyai Lembaga Akademik yang mana ianya dapat menjamin bahawa kualiti akademik IIC sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

Selain itu, selaras dengan kemajuan global yang menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris, IIC meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama selain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab. Kebolehan graduan IIC berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima masuk ke universiti tempatan dan luar negara, atau bekerja di syarikat multinasional. Sistem jadual kelas di IIC juga memberikan masa belajar yang lebih untuk kelas Bahasa Inggeris yang mana pelajar diberikan sekurang-kurangnya 224 jam kuliah.

KEISTIMEWAAN IIC

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris secara intensif juga disediakan untuk pelajar yang berhasrat memperkukuhkan kemahiran mereka dalam menguasai bahasa itu. Yuran yang dikenakan sangat minimum dengan jaminan pelajar akan dapat memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Program Bahasa Inggeris tersebut telah mendapat kelulusan dari MQA dan kurikulumnya adalah menepati standard antarabangsa.

Untuk memantapkan lagi prestasi pelajar , IIC sentiasa memberi khidmat nasihat atau kaunseling secara percuma kepada pelajar terutama yang mempunyai masalah berkaitan akademik mahupun peribadi melalui kaunselor bertauliah di Jabatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.

Dengan adanya sistem akademik yang berkualiti dan diterap dengan program seperti yang dinyatakan, maka tidak hairanlah lebih daripada 80% graduan IIC berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta, atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Kebanyakan kakitangan akademik dan pentadbiran yang bertugas di IIC adalah graduan terbaik UIAM. Dengan ini, IIC dapat menggunakan pengalaman mereka di dalam memastikan kualiti pendidikan tertinggi dapat dikekalkan dan berdiri sama tinggi dengan UIAM sebagai Universiti contoh bagi IIC.

Kami di IIC sentiasa menitik beratkan kecemerlangan pelajar kerana ia adalah sejajar dengan hasrat dan cita-cita kami untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, dan pada masa yang sama menjadi umat yang taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing.

IIC juga mempelawa lebih ramai pelajar Cina, India dan lain-lain keturunan masyarakat mendaftar di kolej ini. IIC juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan untuk semua pelajar sepanjang tahun, seperti bola sepak, bola jaring, futsal, bola tampar dan juga seni mempertahankan diri iaitu silat dan taekwando.

PENUTUP
IIC mensasarkan pengambilan seramai 1500 pelajar dari Disember 2011 hingga Julai 2012.

Oleh itu, ibu bapa dan pelajar dipelawa mendaftar melalui laman web, SMS, telefon atau datang sendiri ke Kolej Islam Antarabangsa di alamat No 1 Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur (Berhampiran Batu Caves) atau hubungi talian pejabat di 03-31804964

Ucapan Selamat Berjaya kepada seluruh pelajar SPM 2016 dan "Jom Mendaftar" di Kolej Islam Antarabangsa.

Pilihlah institusi pengajian tinggi yang terbaik demi masa depan anda!


Tiada ulasan:

Popular Posts