PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Jumaat, 17 Mei 2013

IIC dapat pengiktirafan ISO


IIC dapat pengiktirafan ISO

Date of publication: 17 05 2013
Author: SHAMSUL BIN SEMAN
Number of words: 659
Edition: Banting
Column: RENCANA
IPTA/IPTS

KOLEJ Islam Antarabangsa (IIC) yang ditubuhkan pada tahun 2000 merupakan sebuah kolej milik penuh syarikat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Holdings Sdn. Bhd. Penubuhan IIC menjadi alternatif kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Bermula dengan pengambilan pertama seramai 450 pada tahun 2001, kini IIC mempunyai hampir 3,000 pelajar termasuk dari luar negara.

Pada 3 Julai lalu, IIC telah mencipta sejarah tersendiri dengan pengambilan 891 pelajar baru termasuk 25 orang dari luar negara seperti Nigeria, Sudan, Arab Saudi, China dan negara ASEAN.
Lebih membanggakan, salah seorang daripada mereka merupakan pelajar yang cacat penglihatan dan lebih 15 adalah pelajar bukan Islam berketurunan Cina dan India.

Dengan pengambilan itu, ia menunjukkan bahawa IIC tidak hanya menawarkan tempat kepada para pelajar beragama Islam tetapi juga daripada kalangan pelbagai bangsa dan agama.

IIC menawarkan lima kursus peringkat diploma dan dua lagi pada peringkat sijil. Antara kursus peringkat diploma ialah Pendidikan Islam (Pendidikan Awal Kanak-Kanak), Perakaunan, Sains Komputer, Tekonologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan. Bagi kursus peringkat sijil pula adalah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Asas Pentadbiran Perniagaan.

Kesemua kursus berkenaan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Tempoh pengajian peringkat diploma adalah selama dua tahun lapan bulan manakala sijil selama setahun lapan bulan.

Sebagai sebuah institusi yang menitikberatkan kualiti pendidikan, IIC telah mewujudkan Lembaga Akademik atau Senat yang dianggotai oleh Dekan-Dekan dan Profesor dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri. Kewujudan Senat ini unik memandangkan sistem ini tidak terdapat di kebanyakan kolej swasta lain.

Sebagai kolej yang terunggul, IIC telah memperoleh Sijil Pengiktirafan ISO 9001:2000 pada Jun lalu. Anugerah tersebut disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Shamsul Kahar Haron oleh Pengarah Eksekutif SIRIM Berhad, Ab. Razak Salim dan disaksikan oleh Pengerusi IIUM Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Sanusi Junid.

Selaras dengan kemajuan global yang menitikberatkan penguasaan bahasa Inggeris, IIC menggunakan bahasa tersebut sebagai pengantar utama selain bahasa Malaysia dan bahasa Arab.
Kebolehan graduan IIC berkomunikasi dalam bahasa berkenaan memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima masuk ke universiti tempatan dan luar negara.

Malah, dengan penguasaan tersebut, ia memudahkan mereka memperoleh pekerjaan dengan mudah di syarikat-syarikat multinasional.

Salah satu keistimewaan IIC ialah mempraktikkan sistem full credit hours dan flexi hour classes yang membolehkan pelajar bebas memilih subjek-subjek mengikut kemampuan dan kesesuaian masa masing-masing.

Selain itu, sejajar dengan misi IIC sebagai penaja profesionalisme dan takwa, kolej ini mengadakan program Usrah secara percuma kepada para pelajarnya. Program ini dijalankan secara mingguan dengan pengisian ilmu bercorak keagamaan dan profesional.

Kini, IIC telah berpindah ke kampus baru yang terletak di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Kampus yang boleh memuatkan sehingga 7,000 pelajar pada satu-satu semester dilengkapi pelbagai kemudahan.

Antara kemudahan tersebut ialah dewan, perpustakaan, makmal komputer, makmal bahasa, kafetaria, kafe siber, kedai koperasi dan kemudahan riadah seperti dua buah padang futsal dan gelanggang bola jaring.

Dalam tempoh terdekat ini, IIC merancang untuk memperkenalkan kursus-kursus baru sejajar dengan perkembangan semasa seperti Diploma Perundangan, Kejuruteraan, Praperubatan dan Multimedia. Kesemua kursus itu dijangka ditawarkan mulai tahun 2006.

Para lepasan diploma dari IIC mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti tempatan dan luar negara.

Setakat ini, antara universiti tempatan yang menerima graduan IIC ialah UIAM, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Petronas, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Multimedia.

Bagi universiti luar negara yang menerima pelajar IIC ialah University of Northumbria, University Of Nottingham, University of Wales Bongor, University of East London, University Monash dan University of Southern Queensland di Autralia.

Di samping itu, para lepasan diploma dari IIC berpeluang memperoleh ijazah dari universiti tersebut dalam tempoh satu hingga tiga tahun sahaja memandangkan adanya proses pindahan kredit dan pengecualian subjek.

Untuk maklumat lanjut, para pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh
menghubungi Unit Kemasukan dan Promosi IIC di talian 012-9182920 atau layari laman web 
http://marimenga-ji.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Popular Posts