Ramai bertanya tentang istilah "apung" atau float sesuatu matawang. Semua negara membenarkan matawangnya diurus niagakan dalam pasaran dunia. Pasaran akan menentukan nilai sesuatu matawang berasaskan ekonomi negara itu sendiri dan ekonomi dunia. Apabila sesuatu negara tidak stabil politik dan ekonominya, maka mata wangnya akan ditarik dari "apungan". Selepas pulih semula, maka wang itu akan diapungkan semula.
Bagi negara yang yakin dengan kestabilan ekonomi negaranya, maka matawang mereka akan diapungkan. Dalam kes Malaysia, pada tahun 1998, RM ditarik dari apungan dan diikat atau ditambat pada harga RM 3.80 bersamaan 1 USD, lantaran Malaysia tidak sanggup melihat matawangnya terus merudum. Pada tahun 2005, selepas mengambil kira kekuatan ekonomi negara, Bank Negara Malaysia telah menarik tambatan itu. Kini RM 3.20 = 1 USD.
Dalam kes Iraq, matawangnya merudum akbat kemasukan tentera US pada 2003. Dari nilainya 1 Dinar bersamaan USD 0.30, jatuh ke harga tak sampai 1 sen USD. Wang ini ditarik dari apungan pada 2003. . Pembinaan semula ekonomi Iraq sejak 2003 hingga kini telah menaikkan dan mengukuhkan kewangan Iraq. Menteri Kewangan Iraq sendiri telah mengatakan dinarnya wajar dinilai semula. Ramai ahli ekonomi mengatakan nilai Dinar sebenarya ialah USD 0.85. Jika Bank Negara Iraq bersetuju matawang ini dinilai semula (RV) dan diapungkan, maka dengan mudah ianya akan bermula dengan harga USD 0.30 dan menaik sekelip mata ke USD 1.00. Malah ada yang yakin USD 3.40.
Sesuatu matawang yang telah diapungkan dipasaran memberi implikasi seperti berikut:
i. Matawang itu dijadikan sebagai tukaran mendapat matawang asing yang lain sebagai perbelanjaan di luar negara. Misalnya RM boleh di tukar ke Rupiah di Indonesia, atau Dollar Singapura di Singapura, atau Baht di Thailand atau Riyal di Arab Saudi. Begitu juga jika dengan Dinar Iraq, apabila diapungkan nanti, maka ianya boleh di tukarkan di mana-mana negara yang kita berurusan.
ii. Sesuatu negara boleh menjadikan matawang itu sebagai reserve negara jika diyakini nilainya stabil atau berpotensi lebih menguat lagi pada masa hadapan. Misalnya Malaysia menyimpan pelbagai matawang asing sebagai reserve. Matawang Euro, Paun Britain, dan Yen Jepun adalah antara pilihan matawang yang disimpan sebagai reserve oleh negara kita dan juga negara-negara lain dalam dunia ini.
iii. Matawang yang sedia terapung juga boleh digunakan untuk pembayaran impot dan pembayaran hutang sesuatu negara. Misalnya Malaysia boleh gunakan reservenya dalam USD atau Yen untuk membayar hutang luar Malaysia. Maknanya sesuatu negara itu tidak semestinya menggunakan matawang mereka sendiri sebagai alat pembayaran. Mereka boleh gunakan matawang asing yang mereka simpan atau yang dibawa masuk oleh peniaga atau pelancung asing ke negara mereka. Lantaran itulah industri pelancongan digalakkan supaya matawang asing masuk ke negara ini atau urusan ekspot dibuat melalui tukaran USD.
Dengan pemahaman diatas, anda tidak perlu khuatir akan kemampuan Iraq menyerap dan membeli semula dinarnya yang kini berada di luar Iraq. Dinar Iraq yang akan diapungkan nanti, secara otomatik akan digunakan oleh dunia sebagai tukaran dalam perdagangan antara negara dalam dunia, atau sebagai reserve sesuatu negara dan sebagai matawang membayar hutang. Masa apungan semakin mendekat kerana ianya telah melalui tempoh 7 tahun.Tempoh masa antara 7 ke 10 tahun adalah masa yang manasabah dinar Iraq akan diapungkan.
Dan anda sebagai penyimpan Dinar Iraq di negara ini sebenarnya secara tidak langsung membantu negara membuat satu reserve yang berpotensi terlalu tinggi nilainya. Tidak hairanlah Amerika meluluskan undang-undang supaya rakyatnya boleh membeli dan memiliki dinar Iraq secara teratur.
Jika nilai Dinar Iraq naik ke satu sen USD pun, anda akan untung 100%. Ha ha. Dengan pemilikan 25,000 Dinar yang saya jual pada harga RM 375.00, ianya akan bernilai RM 750.00. Tetapi majoriti meramalkan Dinar Iraq akan naik ke USD 0.30. Maka nilainya akan naik ke RM 25,000.00. Wau.
Apa pun jikalau naik satu sen USD atau USD 0.30, tetap berbaloi-baloi untungnya. Isunya ialah masa, bila nak apung. Yang pasti setiap hari makin mendekat untuk menjadi jutawan senyap.
Pelbagai asas digunakan dalam meramalkan bilakah wang ini akan diapungkan.
Asas Pertama - Teori Pusingan Ekonomi.
Teori ini mengandaikan pusingan sesuatu ekonomi ialah 7 tahun atau 10 tahun. Matawang yang jatuh akan kembali semula ke nilai asal selepas 7 atau 10 tahun. Jika 7 tahun, maka pada tahun ini lah Dinar akan diapungkan. Maka ada yang meramalkan selepas 31 Ogos iaitu tarikh akhir pengunduran tentera Amerika dari Iraq, Dinar akan naik semula. Ada juga yang meramalkan selepas pembentangan Baget Iraq 2011 pada akhir tahun ini. Maka tidak hairan sekali jika ada peramal dalaman Iraq yang menggerentikan DINAR AKAN NAIK PADA FEBRUARI 2011,
Asas Kedua - HASIL MINYAK IRAQ
Jika andaian Teori Pusingan Ekonomi 10 tahun, maka Dinar akan naik pada 2013. Andaian ini bersamaan dengan Asas Kedua, mengapa Dinar akan naik iaitu kerana HASIL MINYAK IRAQ. Pada 2013, keluaran minyak Iraq dijangka 5 ke 7 juta tong sehari. Maka ianya suatu yang amat logik. Apakah Iraq yang mengeluarkan minyak 5 atau 7 juta tong sehari lebih lemah nilai mata wangnya berbanding dengan RM, dalam keadaan Malaysia hanya mengeluarkan minyak 700,000 tong sehari. Maka nilai Dinar Iraq paling kurang hendaklah bersamaan RM 1.00.
Maka jika Iraq tidak mengapungkan matawangnya, maka Iraq akan mengamalkan ekonomi songsang kerana Iraq membiarkan matawangnya tidak laku di pasaran walhal matawangnya amat tinggi nilainya. Apabila Malaysia menambat RM pada 1998, ianya terpaksa dilepaskan pada 2005 kerana matawangnnya makin menguat. Dasar mengapungkan wang adalah satu dasar utama sesuatu negara. Tambahan pula negara yang tinggi nilai hasil dan ekspotnya.
Harga Promosi Dipasaran |
Ringgit (RM)
|
50,000.00 IQD - (50K) - 25K Notes * 2 Pcs
|
200 RM+ Free gift note 1k
|
100,000.00 IQD - (100K) - 25K Notes * 4 Pcs
|
380 RM+ Free gift note 1k
|
200,000.00 IQD - (200K) - 25K Notes * 8 Pcs
|
770 RM + Free gift note 1k +
|
250,000.00 IQD - (250K) - 25K Notes * 10 Pcs
|
900 RM + Free gift note 1k+ Lampu uv
|
300,000.00 IQD - (300K) - 25K Notes * 12 Pcs
|
1080 RM+ Free gift small note+ Lampu uv
|
500,000.00 IQD - (500K) - 25K Notes * 20 Pcs
|
1590 RM+ Free gift small note
|
1,000,000.00 IQD - (1 Mil) - 25K Notes * 40 Pcs
|
3140 RM+ Free gift small note+ Lampu uv
|
2,000,000.00 IQD - (2 Mil) - 25K Notes * 80 Pcs
|
6280 RM+ Free gift small note+ Lampu uv
|