PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Friday 30 November 2012

MUDAHNYE BERGELAR JUTAWAN



Siapa kata nak jadi jutawan, adalah sukar. Ianya sebenarnya amat mudah, jika kena dengan apa yang kita buat mengikut situasi semasa. Saya bagi beberapa testimoni sebenar. Antaranya orang yang beli rumah dengan harga 50,000 pada tahun 1990, boleh jual dengan harga 1.2 juta pada tahun 2012. Bahkan tanam pokok gaharu pun, boleh jadi jutawan. Pokok gaharu atau dalam bahasa popularnya Agrawood, adalah sumber kekayaan orang kampung ketika ini. Bayangkan anak pokok hanya 5 hingga 10 ringgit satu pokok, boleh jana kekayaan hingga 120,000 untuk satu pokok. Kalau 10 pokok, tak ke jutawan namanya. Pokok gaharu bukannya sesusah menjaga pokok durian atau pokok-pokok lain. Tanam dan biarkan ia hidup sendiri. Sebab ia amat bernilai dan 100 gram kayunya sahaja, ada yang mencecah dalam RM 5,000 duit kita. Ada yang kata bahawa ia adalah pohon termahal di dunia. Ketika ini, negara timur tengah sedang agresif mencari kayu ini yang hanya tumbuh di hutan hujan khatulistiwa sahaja, termasuk negara kita.

Jadi apa susahnya nak bergelar jutawan. Tiada yang mustahil sebenarnya. Sebelum ini pun saya pernah menceritakan bahawa jika kita bekerja di negara yang jauh tinggi nilai kadar pertukarannya macam Kuwait pun, kita boleh jadi jutawan. Bayangkan jika kita bekerja sebagai tukang sapu sampah, gaji dalam 1000 dinar kuwait sebelum (rm 12,000 duit kita). Kalau kerja 8 tahun ? RM 12,000 x 8 x 12, tak ke dapat dalam 1.152 juta duit kita. Itu baru kutip sampah. Kalau pegawai, kerani...mesti lagi cepat jadi jutawannya. Jual kayu gaharu dekat Kuwait pun akan untung berlipat kali ganda. Sebab itulah kalau hendak bergelar jutawan, ianya tidak sesukar mana. Cuma pokok pangkalnya adalah keyakinan kita itu sendiri. Juga faktor masa. InsyaALLAH apa yang kita buat semua ini...adalah resipi kejayaan untuk kita nikmati bila-bila masa dari sekarang. RV je dinar, jutawanlah kita semua. Kalau naik 1 USD, 1 juta IQD yang kita simpan, dah boleh jadi dalam rm 3 juta (dengan syarat kena simpan banyak..kalau naik 0.10 sen USD, kena ada 3 juta untuk bergelar jutawan)....

Memang aura untuk RV sudah dekat rasanya. Maklumat dari sumber tak rasmi, potensi amat tinggi daripada sekarang hingga Jun ini. Dalam satu mesyuarat antara Jawatankuasa Kewangan Persekutuan Iraq, Kementrian Kewangan Iraq dan juga Bank Negara Iraq, satu resolusi telah dicapai untuk menaikkan nilai dinar dalam tempoh terdekat. Jurucakap Jawatankuasa Kewangan Iraq, Mahma Khalil dalam satu kenyataan kepada media berkata bahawa harga dinar Iraq berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan meningkat tidak lama lagi,dan ia akan ditentukan oleh Bank Negara Iraq. Manakala menurut Gabenor Bank Negara Iraq, Dr Sinan Shabibi bahawa dinar akan dinaikkan dalam masa terdekat berdasarkan unjuran faktor-faktor dalaman dan juga faktor luaran. Maksudnya dah nak RV lah tu. Sebab sekarang ini, kerajaan Iraq sedang berusaha untuk naikkan matawang mereka.


Baru-baru ini pun, Shabibi sendiri telah disoal siasat oleh kerajaan Iraq kerana kejatuhan matawang mereka berbanding dolar US. Bahkan ada yang menggesanya meletak jawatan. Sebab itulah Shabibi sedang berusaha keras untuk menyelamatkan jawatannya, dengan merangka strategi untuk naikkan nilai IQD dalam masa terdekat. Tekanan amat kuat kepada Bank Negara Iraq, pada masa yang sama berikan kesan buruk ke atas negara Iraq. Jadi langkah untuk naikkan nilai dinar dalam masa terdekat, adalah langkah paling baik. Baik untuk kita semua juga. Naik berapa banyak? Kalau diapungkan pada paras 3 ringgit atau 1 USD lagilah bagus. Kalau tak pun, 0.30 sen ringgit pun kira ok dah sebelum ia naik berperingkat-peringkat.

Chapter Seven pula semakin dirungkai daripada Iraq. Pada 1 Mei lalu, satu mesyuarat antara Kementrian Luar Kuwait dan Iraq telah diadakan di Baghdad dan telah menyelesaikan isu sempadan antara mereka. Bahkan Ban Ki Moon pernah menyatakan bahawa Sekatan PBB mesti digugurkan sebelum Jun ini bagi membolehkan Iraq benar-benar menjadi sebuah negara merdeka. Pada 26 April lepas, Suruhanjaya Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN Compensation Commision telah membayar sebanyak 1.02 Bilion USD kepada Kuwait. Pampasan ini dibayar daripada dana yang diambil daripada Dana Pampasan PBB yang diperolehi daripada jualan eskport minyak Iraq. Tinggal baki dalam 16 bilion USD lagi berbanding nilai pampasan sebenar sebanyak 36.4 bilion USD dan sebanyak 20.4 bilion USD telah dilangsaikan oleh Iraq sebelum ini. Memang banyak pampasan diberikan ke atas Kuwait mengikut resolusi Majlis Keselamatan 1483 tahun 2003, dan resolusi Majlis Keselamatan 1956 tahun 2010. Selepas US menawan Iraq, maka Resolusi ini diaktifkan dan sebab itulah duit mereka turun menjunam. Kerana perang dan sedang meningkat naik kembali selepas Iraq berjanji untuk membayar pampasan kepada Kuwait.


Jadi kata-kata Ban Ki Mon bahawa Chapter Seven perlu digugurkan sebelum Jun, boleh kita pegang tapi tidak 100 peratus kerana Iraq perlu bayar baki pampasan itu. Mungkinkah Iraq akan naikkan matawang mereka dan bayar pampasan melalui keuntungan kenaikan nilai IQD nanti. Mungkin itu langkah paling baik bagi Iraq. Jika hari ini mereka menjual minyak nilai 0.09 Dinar Iraq atau duit kita dalam 0.2718 sen duit kita satu tong, mungkin selepas diapungkan nanti (dalam nilai 1 usd), mereka boleh menjualnya dalam harga 100 IQD atau rm 300 jika harga satu tong minyak, dalam 100 USD. Mana yang lebih baik bagi Iraq. Sudah tentu mereka inginkan matawang mereka diapungkan. RV tetap RV, insyaALLAH. Masanya dah tak lama ikut analisis ramai pihak. Apapun sifir untuk menjadi jutawan bukan sesukar mana. Tanam pokok gaharu dan kerja kutip sampah pun boleh jadi jutawan. Pokok pangkalnya adalah usaha dan tawakal. Kesabaran kunci paling utama untuk kita berjaya, mudah-mudahan...

No comments:

Popular Posts