PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Jumaat, 30 November 2012

PERTUMBUHAN EKONOMI IRAQ

Iraq merupakan negara paling pesat pertumbuhan ekonominya di muka bumi. Inilah yang dilaporkan oleh The Wall Street journal dalam satu kenayatan bahawa antara semua negara di dunia yang diunjurkan oleh mereka, Iraq merupakan satu-satunya negara yang akan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 2 angka pada tahun ini. Dengan mencatatkan peningkatan kepada 10.5 % pada tahun ini. 

Berbanding dengan China, yang hanya mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 %. Negara kita pula, hanya diunjurkan pada paras 4.5 peratus sahaja. Kenapa KDNK penting untuk mengukur pertumbuhan ekonomi? Jawapan adalah mudah. KDNK adalah item ekonomi makro yang amat penting untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara di dunia ini. Ianya selari dengan pertumbuhan pendapatan negara, dan juga peningkatan kepada hasil serta kadar tukaran matawang itu sendiri. Jika KDNK meningkat, ia mencerminkan peningkatan ekonomi sesebuah negara itu. Jika ia menurun, maka ia akan menunjukkan bahawa ekonomi negara itu jatuh dan merudum. Sebab itulah mana-mana kerajaan di dunia, akan berusaha untuk naikkan KDNK mereka. Kalau tak, tentu teruk mereka akan dipersalahkan oleh rakyat dan mungkin akan kalah dalam pilihanraya. Tengok contoh di Greece dan Jepun, pemimpin bertukar jika KDNK negara mereka jatuh.

Tetapi di Iraq, KDNK mereka meningkat dan paling pesat di muka bumi. Sebab itulah ada bancian menunjukkan bahawa sokongan rakyat kepada meningkat kepada 87 peratus berbanding 71 peratus tahun lalu. Ini semua petanda bahawa ekonomi Iraq sedang bergerak untuk pulih sepenuhnya dan berkembang pesat menyaingi China dan kuasa besar ekonomi dunia lain. 

Tapi malangnya kadar pertukaran matawang mereka masih rendah. Lebih rendah daripada Yuan China, lebih rendah daripada ringgit Malaysia. Walaupun kadar KDNK mereka mencatatkan pertumbuhan dua angka dan paling tinggi di muka bumi. Ini adalah kerana faktor sekatan Majlis Keselamatan PBB yang masih belum dirungkai sehingga sekarang. Semua 5 negara anggota veto dalam Majlis Keselamatan..US, Perancis, China, Russia dan Britain menyatakan sokongan terbuka untuk gugurkan sekatan ini. Walaupun ada berita menyatakan bahawa US dan Britain sengaja lambatkan proses pelepasan C7 ini, tetapi ia sebenarnya bergantung penuh kepada penyelesaian dengan Kuwait,  yang terlibat langsung dengan sekatan ini. Mereka masih dalam proses penyelesaian isu-isu tertunggak antara mereka.

Banyak isu seperti isu pampasan dan sempadan telah diselesaikan secara mutlak. Bahkan Kuwait telah menandatangani MOU dengan Iraq, untuk melabur di Iraq. Kalau masih dalam mood perang, takkanlah Kuwait berani nak melabur di Iraq. Juga dalam bidang sukan, Iraq boleh bertandang ke Kuwait City, ibukota Kuwait untuk perlawanan akhir Piala Kelab AFC baru-baru ini, yang jelas mencerminkan kerjasama rapat mereka dalam semua bidang. Jadi tunggu lampu hijau sahaja untuk gugurkan Iraq daripada C7. Dan seterusnya menghadirkan berita gembira kepada kita semua, insyaALLAH.

Setiausaha Agong PBB, Ban Ki Mon akan buat kunjungan rasmi ke Iraq dalam masa terdekat. Duta PBB, Gennady Tarasov dalam satu kenyataan di media menyatakan akan membawa isu hubungan Kuwait –Iraq ke mesyuarat Majlis Keselamatan dalam masa terdekat. Kita nantikan yang terbaik buat kita semua. Apa yang pasti, forum-forum di US sedang panas membincangkan soal IQD. Hujah dan pendapat ekonomi mereka, memang terbaik dan bukannya rekaan semata-mata. Mereka juga menunggu seperti kita. Kalau mereka yang banyak melahirkan ramai bilionair di dunia dan bijak ekonomi turut menyimpan IQD, apalah dibandingkan dengan kita. Mereka tahu rahsia ini. Dan syukur yang kita juga seperti mereka. Menunggu untuk kaya dan berjaya macam mereka semua..

*      Bolasepak Malaysia perlu contohi negara Iraq untuk berjaya. Iraq pernah belasah Singapura 7-1 dalam kelayakan Piala Dunia lepas. Sedangkan semalam, pasukan kita teruk dibelasah pasukan Singapura. Malaysia sudah kena berubah untuk berjaya dalam semua bidang. Iraq pernah menjadi juara Piala Asia pada tahun 2008 serta tempat ke-4 sukan Olimpik 2004. Dan sekarang menduduki tempat kedua di belakang Jepun dan berkongsi mata dengan Australia, dalam kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Jika mereka menduduki tempat ke-2, mereka sudah pasti layak secara automatik ke Brazil. Itu soal sukan bolasepak, mereka sudah lama mengatasi kita. Mungkin satu hari nanti, ekonomi kita juga akan diatasi oleh Iraq. Ianya tak mustahil untuk dilakukan…

Tiada ulasan:

Popular Posts