PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Sunday 30 September 2012

Sejarah Kolej MCS


Kolej MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899
Penubuhan institusi ini berasaskan kepentingan pengajian tinggi dalam pembangunan negara dan prihatin untuk menjadi salah satu Pusat Latihan Profesional di peringkat kebangsaan. Bermatlamatkan untuk menyediakan kursus-kursus berlatarkan Teknologi Maklumat IT. Ianya menawarkan kursus-kursus pada tahap sijil dan diploma yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Ia juga merupakan institut pertama di Banting yang menawarkan Latihan Industri dalam program Sijil Kemahiran Malaysia (yang terpilih sahaja)


Dalam jangka masa 10 tahun dalam operasi, Kolej MCS telah mencapai kejayaan yang cemerlang sebagai Pusat Latihan Profesional. Ini amat jelas dengan penambahan pengambilan pelajar untuk setiap tahun. Selain daripada itu juga, Kolej MCS telah melaksanakan satu majlis konvokesyen terbesar buat julung kalinya pada 12 Januari 2004 bagi program anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Seramai hampir 400 orang pelajar yang berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Hj Shafie Bin Mohd Salleh merangkap Timbalan Menteri Kewangan I pada ketika itu. Ini adalah satu kejayaan dan harapan paling gembira dikalangan pelajar dan ibubapa terhadap program Anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

No comments:

Popular Posts