PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Sunday 30 September 2012

Anak pemandu lori, bas pelajar terbaik Kolej MCS


SEPANG 9 April - Faktor kesempitan hidup bukanlah alasan kepada anak- anak muda untuk mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran. Ini terbukti apabila anak kepada pemandu lori dan anak pemandu bas muncul sebagai pelajar terbaik Kolej MCS pada majlis konvokesyen kolej itu di sini semalam.

Kejayaan dua graduan jurusan Diploma Pengurusan Pejabat itu membuktikan keperitan hidup bukan penghalang kepada kejayaan yang ingin dicapai.

Anak pemandu bas, Camelia Lajukim, 28, yang berasal dari Keningau, Sabah berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi juruwang di sebuah restoran sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga.

Pada mulanya dia terpaksa menangguhkan impian untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Semenanjung bagi mengumpulkan wang selain membantu meringankan beban keluarganya.
"Pendapatan keluarga tidak menentu kerana ibu saya cuma seorang petani dan terpaksa menanggung enam adik beradik lain.

"Hampir tiga tahun saya bekerja untuk mengumpul duit selepas tamat sekolah dan pada 2007 barulah hasrat tercapai untuk sambung belajar.

"Nasib saya bertambah baik kerana pihak Kolej MCS berusaha untuk melayakkan saya membuat pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara)," katanya yang kini menjadi guru sementara di Keningau.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis konvokesyen kolej tersebut.
Penyampaian sijil dan diploma kepada graduan kolej tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan

Seorang lagi pelajar cemerlang, Basiriah Kasee, 27, berkata, dia menganggap kejayaannya itu merupakan hadiah paling berharga kepada bapanya, Kasee Mohamad, 59, seorang pemandu lori dan ibunya, Alimah Abdul Kader, 55, seorang suri rumah.

Penerima Anugerah Akademik Cemerlang dan Anugerah Pelajar terbaik itu juga mahu membuktikan kepada keluarganya bahawa dia boleh berjaya walaupun terdapat pelbagai halangan.
"Dalam keluarga, saya seorang sahaja yang dapat sambung belajar kerana masalah kewangan menghalang adik beradik lain berbuat demikian.

"Saya sangat berbangga dengan hasil usaha saya sendiri, saya mampu mencapai cita-cita saya," kata anak bongsu daripada lima adik beradik itu.

Basiriah kini bekerja di bahagian pengurusan di Sekolah Integrasi Labu, Seremban selain bekerja separuh masa sebagai kerani di sebuah syarikat pertanian di Sungai Pelek, Selangor.
Selain Camelia dan Basiriah, 231 lagi graduan kolej itu menerima sijil kemahiran dan diploma masing-masing.

Kolej MCS menawarkan program pengajian dalam pelbagai jurusan termasuk Pengurusan Pejabat, Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Pemasaran yang mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

No comments:

Popular Posts