PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Sunday 30 September 2012

Kisah graduan cemerlang Kolej MCS


                      DUA pelajar, Camella @ Camellia Lajukim, 28, dan Basiriah Kasee, 27, contoh kejayaan yang dicari-cari selama ini. Mereka bukan sahaja dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di Majlis Konvokesyen kelima, Kolej MCS baru-baru ini, tetapi kedua-duanya mempunyai kisah kegigihan. Camella dan Basiriah yang masing-masing memperolehi Purata Gred Nilai Kumulatif (CGPA) 3.88 dan 3.91 untuk pengajian Diploma Pentadbiran Pejabat mengakui mereka tidak menyangka terpilih sebagai pelajar cemerlang .
"Saya amat terkejut dengan pengiktirafan ini kerana tidak pernah terfikir untuk merangkul trofi ini. Malah pada hari ini pun saya hanya ditemani abang. Ibu bapa di Sabah tidak dapat bersama-sama untuk berkongsi kejayaan yang sangat manis ini. "Kami hanya sebuah keluarga yang sangat sederhana, tidak mampu berbelanja besar untuk ke sini," kata Camella. Anak ketiga daripada enam adik-beradik itu adalah anak kepada seorang pemandu bas di Sabah. Ibunya, seorang suri rumah. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai juru wang di sebuah restoran makanan laut. "Saya tidak kecewa kerana perlu berhenti kerja malah ia memberi saya peluang menyambung pengajian dan hasil simpanan selama bekerja membolehkan saya menanggung pengajian di Kolej MSC," kata Camella. Sejak diterima masuk pada Jun 2007 sehinggalah tamat pengajian baru-baru ini, beliau memberi tumpuan 100 peratus terhadap pelajaran.

              "Saya jarang pulang ke kampung halaman di Keningau, Sabah. Bukan tidak ingat pada keluarga, tetapi kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran, tidak mahu membuang masa.
"Yang penting saya pulang ke pangkuan keluarga dan menunjukkan kejayaan ini iaitu hasil pengorbanan kesusahan dan doa ibu bapa serta keluarga," katanya. Jika Camella mengerti kesusahan ibu bapanya selama ini, begitulah kesedaran yang ditunjukkan oleh Basiriah, anak bongsu daripada enam beradik.
Ayahnya juga pemandu lori dan ibu yang merupakan suri rumah tentunya hanya berpendapatan sederhana.

                  Justeru, Basiriah bukan sahaja perlu mengejar kejayaan bagi membantu keluarga tetapi mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau berjaya memecah tradisi keluarga dengan melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. "Selalunya soal kewangan sering dijadikan alasan supaya lupakan hasrat untuk belajar tinggi. "Tetapi pada hari ini saya sungguh gembira bahawa soal itu bukan halangan untuk belajar dan seterusnya merangkul trofi ini," kata Basiriah. Camella kini bertugas sebagai guru sementara manakala Basiriah pula menjadi tenaga pengajar sambilan di sebuah sekolah di Nilai. Pada petangnya, Basiriah bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat pertanian di kampungnya, Kampung Sungai Pelik, Sepang.

             Cemella dan Basiriah merupakan sebahagian daripada 223 garduan pada majlis konvokesyen Kolej MCS yang kelima baru-baru ini. Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan yang menyampaikan anugerah sijil serta diploma kepada para graduan.
Kolej MCS adalah singkatan Moral, Success dan Competent memberi peluang anak-anak tempatan sekitar Kuala Langat, Selangor melanjutkan pelajaran ditubuhkan pada tahun 1996.

              Sehingga kini terdapat 4,000 pelajar sedang mengikuti pelbagai pengajian di kolej itu. Kolej MCS juga telah melahirkan beribu-ribu lulusan dan hampir 80 peratus daripadanya telah mendapat pekerjaan.
Itulah antara keistimewaan kolej ini yang sentiasa memastikan para pelajar dapat memenuhi pasaran kerja dengan pilihan kursus yang sesuai. Ini apabila di kolej itu terdapat pelbagai unit, namun antara yang utama adalah Unit Pembangunan, Kerjaya dan Akademik.

               Antara lain ia bertujuan mendapat maklum balas pihak industri mengenai pengurusan, pembangunan, kemahiran dan teknologi terkini bagi membantu pihak kolej turut bertanggungjawab untuk menjaminkan pekerjaan kepada para lulusan mereka.

               Kampusnya terbahagi di dua lokasi iaitu Kampus 1 di Wisma MDKL, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting dan kampus Dua di Plaza Aim Point, Bandar Sungai Emas, Banting Selangor menawarkan pelbagai kursus dengan kerjasama pelbagai pihak.


No comments:

Popular Posts