PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Ahad, 30 September 2012

Biasiswa 1Malaysia RM1 juta


Biasiswa 1Malaysia RM1 juta

COLLEGE MCS melancarkan skim 'RM1 juta biasiswa untuk 1Malaysia' bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan tetapi berminat untuk belajar dan menyambung pembelajaran.
Ia dilancarkan Pengerusi Kolej MCS, Datuk Seri Paduka Shafie Salleh sempena Hari Karnival & Kerjaya 2010 di kolej itu di Banting, Selangor, baru-baru ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej MCS, R Ravi.

Biasiswa itu membolehkan kolej memberi elaun sara diri untuk tempoh dua tahun pengajian bermula semester dua hingga semester sebelum latihan industri.

Sebelum ini, kolej itu turut memberi pelbagai kemudahan, antaranya pemberian komputer riba percuma kepada 80 pelajar tahun lalu.

Biasiswa RM1 juta ini adalah untuk pelajar daripada golongan berpendapatan rendah atau mempunyai tanggungan yang ramai.

Ia tertakluk kepada temuduga yang dikendalikan Kolej MCS. Peruntukan ini untuk pelajar yang mendaftar dan belajar di kolej MCS bermula sesi Januari 2010.

Peruntukan ini meringankan beban keluarga pelajar berpendapatan rendah menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Seorang kerani di sebuah kilang di Tanjung Sepat, Banting, Selangor, Koo Ah Tee, berkata dia gembira anaknya berjaya mendapat biasiswa kolej, sekurang-kurangnya meringankan beban keluarga.

Isterinya hanya seorang suri rumah dan anak pertamanya mengambil diploma di sebuah kolej swasta."Pengalaman anak pertama cukup membuat saya memilih Kolej MCS kerana dengan biasiswa ini, anak kedua saya dapat menyambung pendidikan," katanya.

Bagi ibu tunggal lima anak, Misnah Leman dari Kampung Sawah, Banting, berkata anaknya yang mendapat biasiswa di kolej itu diharap dapat mengubah keluarga di masa depan.

"Kolej MCS meringankan beban saya kerana kini saya hanya bergantung kepada pendapatan Perkeso suami berjumlah RM350 sebulan," katanya.

Ravi berkata, peruntukan biasiswa itu adalah salah satu cara Kolej MCS mendekatkan diri kepada masyarakat khasnya golongan berpendapatan rendah.Beliau berkata, ia menjadi contoh supaya kolej swasta lain turut melakukan tanggung jawab yang sama kepada masyarakat.

"Sejak skim ini dilancarkan, kita 40 pelajar menerima surat tawaran biasiswa yang disampaikan sempena Majlis Karnival & Pendidikan 2010 ini," katanya. Sempena peruntukan biasiswa itu, temuduga terbuka tapisan kelayakan biasiswa diadakan di PPD Klang, Selangor pada 26 Mei ini dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Tiada ulasan:

Popular Posts