PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Ahad, 21 Oktober 2012

220 pelajar Kolej MCS terima komputer riba



BANTING: Seramai 220 pelajar Kolej MCS gembira apabila mendapat komputer riba sumbangan pihak kolej, sekali gus meringankan beban mereka yang tidak mampu untuk membelinya sendiri, semalam.
Sumbangan komputer riba jenama HP bernilai RM900 setiap satu disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam Majlis Penyerahan Netbook, di sini.

Ketua Eksekutif Kolej MCS, Dr R Ravinthiran berkata, pemberian komputer riba ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam proses pembelajaran selain memberi peluang kepada pelajar tidak berkemampuan memiliki komputer peribadi untuk kegunaan harian. “Ini program ketiga Kolej MCS selepas program pertama pada 2009 dan seterusnya pada 2010 lalu.
“Sehingga hari ini 460 unit komputer riba sudah diperuntukkan kepada pelajar, iaitu 90 unit pada 2009, manakala pada tahun berikutnya pula 150 unit,” katanya.

Ravinthiran berkata, proses berkenaan secara tidak langsung membolehkan pelajar memahirkan diri dalam dunia IT selain persediaan ke alam pekerjaan.

“Saya melihat pihak industri sekarang tidak teragak-agak menolak permohonan daripada pemohon tidak mahir menggunakan komputer kerana ini menyukarkan mereka menyiapkan tugasan yang diberikan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/22

Kelantan police target 850 volunteer reserves by year end


KOTA BAHARU: The easing of recruitment terms would help increase Police Volunteer Reserves to maintain peace and prevent crime in the state, said Kelantan police chief Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


 "The new recruiting term with a Sijil Pelajaran Malaysia minimum is open to all," he told Bernama after the end of a volunteer reserve training session at the Kelantan police head quarters, here today.     
 
The 300 recruits who were inducted as new members of the reserve today formed part of the 850 members targeted by year end.  
 
Jalaluddin said the volunteers were paid a special hourly allowance of between RM6 and RM7.80 from the lowest rank to assistant superintendent.  

Kuwait pinda undang-undang pilihan raya


Kuwait pinda undang-undang pilihan raya

KUWAIT CITY 21 Okt. - Kuwait semalam meminda undang-undang pilihan raya ini, tindakan yang membangkitkan kemarahan pembangkang yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi.
Selain itu, Kabinet Kuwait turut menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh pilihan raya Parlimen, negara yang kaya dengan minyak tersebut.
``Kabinet meluluskan pindaan artikel 2 undang-undang pilihan raya iaitu untuk mengubah cara pengundian dan pada masa sama menetapkan 1 Disember sebagai tarikh pilihan raya,’’ kata Kabinet Kuwait dalam satu kenyataan. - AFP

Popular Posts