PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Monday 18 January 2016

Program Bantuan Pelajar Terdesak atau Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)


Program Bantuan Pelajar Terdesak atau Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan sebagai usaha membantu membiayai pelajar lepasan sekolah yang memenuhi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Perlaksanaan Program Bantuan Pelajar Terdesak sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Bantuan secara "one-off" kepada pelajar - pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang kesulitan disamping sebagai dorongan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungjawab mereka dan membolehkan mereka menumpukan kepada aktiviti pengajian mereka.

MISI PROGRAM BANTUAN PELAJAR TERDESAK

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.



 FAEDAH - FAEDAH PROGRAM

Kumpulan Sasaran
  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan "dropouts" dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian.
Penyumbang
  • Memperolehi tolakan cukai pendapatan.
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • Mempromosi syarikat penyumbang.
  • Amal jariah.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN KELULUSAN

Segala kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.


PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920. sms ke 0129182920

No comments:

Popular Posts