PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Saturday 23 January 2016

Mengapa Belajar Di Malaysia?



Pelajar-pelajar dan ibu bapa sudah tentu mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan tentang pemilihan tempat pembelajaran. Antara sebab-sebab yang menjadikan Malaysia dipilih sebagai destinasi utama pengajian tinggi ialah:
  • Pendidikan di institusi-institusi Malaysia menepati piawai antarabangsa dan mempunyai kualiti yang tinggi. Ia juga dipantau secara teliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui badan kawalan kualiti dan peruntukan perundangan pendidikan yang sesuai seperti Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Pendidikan Tinggi Majlis Kebangsaan 1996 dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996.
  • Yuran kursus yang kompeten dan penawaran kursus-kursus umum yang luas.
  • Pilihan program pendidikan yang luas dan menyeluruh dengan pelbagai pilihan kolej dan universiti untuk memenuhi kehendak individu.
  • Program ijazah sarjana muda 3+0 dan program berkembar di Malaysia menawarkan pendidikan yang berkualiti serta kos efektif dengan menganugerahkan kelayakan-kelayakan universiti dari negaranegara luar seperti United Kingdom, USA, Australia, Kanada, New Zealand, Jerman dan Perancis.
  • Kampus cawangan luar negara yang beroperasi di Malaysia membolehkan pelajar-pelajar memperolehi kelayakan universiti yang berprestij di sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai taraf sara hidup yang lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara asing.
  • Penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas membolehkan pelajar-pelajar yang sudah menguasai Bahasa Inggeris mengikuti kursus dengan mudah dan di samping itu membolehkan pelajar-pelajar yang sedang mempelajari bahasa tersebut dapat menguasainya dengan lebih cepat.
  • Berpengalaman dalam kehidupan penduduk yang berbilang bangsa dan agama, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup dalam keadaan yang harmoni, aman dan makmur.
  • Bilangan pelajar antarabangsa seramai 50,000 orang dari lebih daripada 100 buah negara asing telah membuktikan bahawa pendidikan Malaysia telah diterima di peringkat antarabangsa.
  • Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai latar belakang ekonomi yang baik dan keperihalan sosial yang selamat dengan keadaan kerajaan yang stabil dan kadar jenayah yang rendah.
  • Persekitaran dan latar belakang geografi yang selamat, di mana Malaysia terletak dalam zon yang bebas dari kebanyakan bencana alam.
  • Negara Malaysia juga merupakan sebuah pusat makanan yang penuh dengan pelbagai jenis makanan yang dapat memenuhi citarasa yang berbeza - dari makanan vegetarian sehinggalah ke makanan halal, makanan etnik, makanan Eropah ataupun makanan segera.
  • Sistem pengangkutan yang baik, pembangunan yang pesat serta pelbagai tempat-tempat menarik untuk tujuan istirehat dan hiburan.


PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920. sms ke 0129182920

No comments:

Popular Posts