SEJARAH & PENGENALAN
INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI pada mulanya didaftarkan sebagai Institut Pendidikan Swasta (IPS) dibawah Akta Pendidikan 1961 (SRJ 1262) pada Februari 2000 dan mula beroperasi di Pasir Gudang Johor Bahru. Pada April 2000 pula Insitut Teknologi Baiduri ditauliahkan sebagai ‘Pusat Bertauliah’ dengan nombor kod pusat L00309 khusus menjalankan Program-program Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Di awal-awal penubuhan, Institut Teknologi Baiduri menjalankan kursus-kursus kemahiran yang utama iaitu :
a) | Kursus Elektrik - | C-051 | |
b) | Kursus Elektronik Industri – Peralatan - | E-011 | |
c) | Kursus Komputer - | D-041 | |
d) | Kursus Sistem Maklumat - | D-060 |
Selaras dengan kurikulumnya yang diiktiraf oleh kerajaan dan ditambah dengan perkembangan pendidikan di Pasir Gudang itu sendiri yang semakin berkembang pesat maka pada tahun 2001 Institut Teknologi Baiduri diberi kelulusan menjalankan Kursus-kursus Diploma yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang kini dikenali sebagai MQA. Kursus-kurus tersebut adalah :
a) | Electrical & Electronic Engineering (E &E) | |
b) | Computer Engineering (CE) | |
c) | Business Administration (BA) |
Beberapa cawangan juga telah dibuka bagi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dalam bidang Industri di Singapura, Johor Bahru dan khususnya di Pasir Gudang itu sendiri. Pada tahun 2002 juga telah ditubuhkan satu lagi cawangan Institut Teknologi Baiduri di Nusa Damai, Pasir Gudang serta tahun 2003 dibuka satu lagi cawangan di Skudai Johor Bahru.
Pemilik Syarikat Insititut Teknologi Baiduri adalah Central Potrfolio Sdn. Bhd yang juga memiliki Saito College Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Saito College Sdn. Bhd. adalah merupakan badan induk utama kepada Institut Teknologi Baiduri.
Selaras dengan matlamat kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke 10 iaitu mengarusperdana Latihan Kemahiran yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri M’sia Dato’ Najib Tun Abd Razak dimana Negara memerlukan 40% pekerja mahir sejajar dengan pembangunan modul insan yang berkemahiran, berpengetahuan, generasi muda yang celik teknikal, literasi teknologi teknikal serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran kesan globalisasi di Malaysia menjelang 2020 ditambah kekurangan sekolah-sekolah teknikal kerajaan telah membuka ruang dan peluang kepada Institut Teknologi Baiduri menyahut cabaran menjalankan penambahbaikan berterusan dan salah satu usaha telah di jalankan dengan menumpukan sepenuhnya kepada program Sijil Kemahiran Malaysia dimana pelatih-pelatih dalam program Sijil Kemahiran Malaysia boleh menyambung pengajian hingga ke peringkat Ijazah di Universiti-Universiti di Malaysia. Maka pada Februari 2009 Institut Teknologi Baiduri telah berpindah ke Pusat Bandaraya Johor Bahru dan berhenti menjalankan kursus-kursus Diploma MQA dan pengkhususan utama hanya dalam program Sijil Kemahiran Malaysia sahaja. Kini Institut Teknologi Baiduri beroperasi sepenuhnya di Tingkat 13A, Unit 13A-01, City Plaza, Jalan Tebrau, 80250 Johor Bahru.
PENTING!!Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920.
SmS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan