Program Bantuan Pelajar Terdesak atau Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan sebagai usaha membantu membiayai pelajar lepasan sekolah yang memenuhi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
Perlaksanaan Program Bantuan Pelajar Terdesak sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Bantuan secara "one-off" kepada pelajar - pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang kesulitan disamping sebagai dorongan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungjawab mereka dan membolehkan mereka menumpukan kepada aktiviti pengajian mereka.
MISI PROGRAM BANTUAN PELAJAR TERDESAK
- Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
- Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
- Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.
FAEDAH - FAEDAH PROGRAM
Kumpulan Sasaran
|
Penyumbang
|
KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON
- Bumiputera warganegara Malaysia.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
- Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.
PERMOHONAN DAN KELULUSAN
Segala kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.