Anda ingin tahu bagaimana untuk memilih IPTS yang ingin anda sertai atau kursus pengajian mana yang boleh anda ambil?
Bagaimana memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)?
- Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) :-
- Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS)
- Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa
- Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling dan aktiviti kokurikulum.
- Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran dengan kampus.
- Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
- Semak sama ada tenaga pengajar adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan berpengalaman. Contohnya, tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
- Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap.
- Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh dinilai berasaskan track recordIPTS.
- Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fee refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.
Bagaimana memilih kursus pengajian?
- Kursus pengajian pilihan telah mendapat:
- Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Mencapai standard Minimum / Perakuan Akreditasi / Akreditasi Provisional dari pihak MQA.
Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)
- Bidang pengajian yang dipilih mestilah sesuai dengan kelayakan serta memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.
- Bidang pengajian bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.
- Yuran kursus pengajian yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang dipilih. Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus pengajian yang sama.
- Menyemak status kursus pengajian melalui laman sesawang:
- Malaysian Qualifications Agency (MQA) di: http://www.mqa.gov.my
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) di: http://www.jpa.gov.my
** Adalah disarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang diberikan. Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus pengajian di IPTS yang mengendalikan program yang sama.