PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Khamis, 31 Disember 2015

JOM BELAJAR - KEMASUKAN JANUARI 2016 (PEMILIHAN PILIHAN IPTS)


Anda ingin tahu bagaimana untuk memilih IPTS yang ingin anda sertai atau kursus pengajian mana yang boleh anda ambil?
Bagaimana memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)?
  1. Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) :-
  2. Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti :    JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej :           JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS)
  1. Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa
  2. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling dan aktiviti kokurikulum.
  3. Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran dengan kampus.
  4. Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
  5. Semak sama ada tenaga pengajar adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan berpengalaman. Contohnya, tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
  6. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap.
  7. Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh dinilai berasaskan track recordIPTS.
  8. Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fee refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.
Bagaimana memilih kursus pengajian?
  1. Kursus pengajian pilihan telah mendapat:
  2. Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  3. Mencapai standard Minimum / Perakuan Akreditasi / Akreditasi Provisional dari pihak MQA.
Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti :    JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej :           JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)
  1. Bidang pengajian yang dipilih mestilah sesuai dengan kelayakan serta memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.
  2. Bidang pengajian  bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.
  3. Yuran kursus pengajian yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang dipilih. Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus pengajian yang sama.
  4. Menyemak status kursus pengajian melalui laman sesawang:
    1. Malaysian Qualifications Agency (MQA) di: http://www.mqa.gov.my 
    2. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) di: http://www.jpa.gov.my
**  Adalah disarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang diberikan. Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus pengajian di IPTS yang mengendalikan program yang sama.


PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920. sms ke 0129182920

Tiada ulasan:

Popular Posts