IIC TURUN YURAN BERIKUTAN KEGAWATAN EKONOMI
Source: Harian Metro
Date: 30/03/2009
Page no.: 13
DALAM usaha membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) melanjutkan pelajaran dalam kegawatan ekonomi ini, Kolej Islam Antarabangsa (IIC) menurunkan yuran pengajian sebanyak 70 peratus kepada pelajar yang mendaftar tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsul Kahar Haron, berkata pihaknya sedar kegawatan ekonomi global ini memberi impak yang cukup besar terutama kepada golongan berpendapatan rendah.
Ini kerana, katanya, ramai antara mereka diberhentikan atau diberi cuti tanpa gaji dan terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara keluarga.
"Dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu, pendidikan anak juga terganggu berikutan ibu bapa tidak mampu membiayai pelajaran mereka lagi.
"Oleh itu, penurunan yuran pengajian ini diharapkan dapat membantu pelajar lepasan SPM atau STPM untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi," katanya.
Kolej milik penuh anak syarikat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini turut menubuhkan tabung wakaf pelajar bagi membantu pelajar yang sedang mengikuti pengajian.
Shamsul berkata tabung wakaf yang akan dilancarkan April ini akan dimulakan dengan Kejohanan Golf Amal IIC.
"Hasil kutipan dari golf amal itu akan salurkan kepada pelajar sebagai wang saku untuk perbelanjaan seharian mereka.
"Kita juga akan bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mana-mana tabung pendidikan lain bagi membantu pelajar memperoleh pinjaman," katanya.
Sebagai satu-satunya kolej swasta yang ada Lembaga Akademi bertaraf senat, Shamsul menyeru kepada ibu bapa agar tidak mengorbankan pendidikan anak walaupun kegawatan ekonomi.
"Pelajaran sangat penting untuk masa depan. Oleh itu, saya berharap agar pelajar di luar sana tidak berhenti menyambung pelajaran berikutan kegawatan ekonomi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri," katanya.
Kelayakan Minimum 3 Kredit!!
Yuran Pendaftran : RM875.00 -----> RM440.00
Hostel : RM200.00
Perpustakaan : RM100.00
Proses : RM15.00
PTPTN (PIN) : RM5.00
TOTAL : RM1195.00-------> RM755.00 <----- Perlu Dibayar Untuk pendaftaran...
Tawaran
ini adalah sah untuk Semester 1, Sesi 2013/2014 sahaja. Tuan/ puan dikehendaki
mendaftar selewat-lewatnya pada . 26 MEI
2013.
Saudara/saudari
diminta membuat tempahan awal RM 200 bagi
pendaftaran kolej melalui Akaun
Cimb 12022893677053 atas nama NUR MAYA GLOBAL RESOURCES dan faxkan ke
03-31876625. Sebarang pertanyaan
boleh menghubungi En. Shamsul (012-9182920)
**SIMPAN SLIP PEMBAYARAN ANDA DAN BAWA KE KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SEMASA PENDAFTARAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN ANDA.***
BAKI SEMASA PENDAFTARAN RM555.00 BAWA SEMASA PENDAFTARAN