Pinjaman PTPTN, MARA & Bantuan Kewangan Lain
Pinjaman PTPTN
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Baca selanjutnya pinjaman PTPTN
Pinjaman MARA
Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Objektif Pinjaman Mara adalah untuk menambah gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.
Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
Laman web MARA