PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Friday 1 February 2013

Pinjaman PTPTN, MARA & Bantuan Kewangan Lain


Pinjaman PTPTN, MARA & Bantuan Kewangan Lain

Pinjaman PTPTN

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Baca selanjutnya pinjaman PTPTN

Pinjaman MARA

Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Objektif Pinjaman Mara adalah  untuk menambah gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.
Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
Laman web MARA

No comments:

Popular Posts