PELAWAT
MAKLUMAT TERKINI
JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah
DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...
INFO BARU
PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709
BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS
Rabu, 9 Januari 2013
Isnin, 7 Januari 2013
Keburukan Menformat Komputer
Keburukan Menformat Komputer
Anda tidak digalakkan menformat komputer atas sebab - sebab berikut:-
1. Menformat komputer dengan kerap merupakan satupembaziran waktu dan tenaga. Secara lazimnya menformat komputer mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah sehingga 3 jam jika banyak perisian yang perlu dipasang semula.
2. Menformat komputerbolehmengakibatkankehilangan maklumat penting secara kekal. Apabila anda menformat komputer segala settings dan ketetapan komputer anda akan hilang. Ini termasuklah username dan password bagi semua akaun perisian dan perkhidmatan Internet seperti e-mel, Facebook dan sebagainya. Juga jika anda telah mengubah settings Windows dan perisian seperti wallpaper, bahasa dalam Microsoft Office - semua ini akan hilang dan anda mungkin terpaksa menghabiskan berjam - jam untuk menetapkan segala - galanya - itu pun jika anda boleh mengingat semua maklumat ini.
3. Menformat boleh menyebabkan sesetengah peralatan komputer tidak berfungsi lagi. Diantara peralatan komputer yang sering menghadapi masalah setelah komputer diformat ialah skrin monitor/laptop, speaker, fungsi rangkaian dan Internet. Perkara ini terjadi kerana kesemua peralatan ini memerlukan sejenis perisian kecil yang dipanggil driver untuk berfungsi dengan betul.
Apabila komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan seringkali tidak dipasang semula secara automatik. Akibatnya komputer akan berada dalam keadaan separa berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer mungkin tidak normal, speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak akan dapat akses rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda sering perlu memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet sebelum komputer boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.
Ugut komputer tidak akan berhasil >
KURSUS IT
Untuk Siapa Kursus Ini?
Sesiapa sahaja yang ingin membuat dokumen kerja seperti surat, resume, faks, agenda mesyuarat dan lain - lain dan tidak ada asas atau lemah dalam menggunakan Microsoft Word.
Kemahiran Wajib
Kemahiran mencipta dan mengedit dokumen adalah kemahiran asas yang perlu ada pada mana - mana individu yang ingin mengelar dirinya celik komputer. Tidak kira sama ada anda seorang pelajar, graduan, pekerja, guru, ibu atau bapa, mempelajari perisian paling popular di dunia ini adalah satu keperluan asas IT.
Keperluan Sistem
Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows 95, 98, Me, 2000, Xp, Vista atau Windows 7. Pemacu CD/DVD dan 320MB ruang kosong cakera keras untuk kursus dan 1.5GB untuk kandungan CD sokongan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
SESI PENDAFTARAN JULAI 2016 PENDAFTARAN BAGI KEMASUKAN KE IPTS KOLEJ UNITI KOLEJ UNITI adalah sebuah kolej yang dimiliki 100% ...
-
Khas untuk Lepasan PMR/SPM yang GAGAL SAHAJA!!! GAGAL bkn bermakna anda TEWAS!!! JOM SAHUT CABARAN Tawaran kemasukan ke Institu T...