3. Menformat boleh menyebabkan sesetengah peralatan komputer tidak berfungsi lagi. Diantara peralatan komputer yang sering menghadapi masalah setelah komputer diformat ialah skrin monitor/laptop, speaker, fungsi rangkaian dan Internet. Perkara ini terjadi kerana kesemua peralatan ini memerlukan sejenis perisian kecil yang dipanggil driver untuk berfungsi dengan betul.
Apabila komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan seringkali tidak dipasang semula secara automatik. Akibatnya komputer akan berada dalam keadaan separa berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer mungkin tidak normal, speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak akan dapat akses rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda sering perlu memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet sebelum komputer boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.
Ugut komputer tidak akan berhasil >
Tiada ulasan:
Catat Ulasan