Berbanding dengan China, yang hanya mencatatkan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 %. Negara kita pula, hanya diunjurkan
pada paras 4.5 peratus sahaja. Kenapa KDNK penting untuk mengukur pertumbuhan
ekonomi? Jawapan adalah mudah. KDNK adalah item ekonomi makro yang amat penting
untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara di dunia ini. Ianya selari
dengan pertumbuhan pendapatan negara, dan juga peningkatan kepada hasil serta
kadar tukaran matawang itu sendiri. Jika KDNK meningkat, ia mencerminkan
peningkatan ekonomi sesebuah negara itu. Jika ia menurun, maka ia akan
menunjukkan bahawa ekonomi negara itu jatuh dan merudum. Sebab itulah mana-mana
kerajaan di dunia, akan berusaha untuk naikkan KDNK mereka. Kalau tak, tentu teruk
mereka akan dipersalahkan oleh rakyat dan mungkin akan kalah dalam pilihanraya.
Tengok contoh di Greece dan Jepun, pemimpin bertukar jika KDNK negara mereka
jatuh.
Tetapi di Iraq, KDNK mereka meningkat dan paling pesat di
muka bumi. Sebab itulah ada bancian menunjukkan bahawa sokongan rakyat kepada
meningkat kepada 87 peratus berbanding 71 peratus tahun lalu. Ini semua petanda
bahawa ekonomi Iraq sedang bergerak untuk pulih sepenuhnya dan berkembang pesat
menyaingi China dan kuasa besar ekonomi dunia lain.
Tapi malangnya kadar pertukaran matawang mereka masih
rendah. Lebih rendah daripada Yuan China, lebih rendah daripada ringgit
Malaysia. Walaupun kadar KDNK mereka mencatatkan pertumbuhan dua angka dan
paling tinggi di muka bumi. Ini adalah kerana faktor sekatan Majlis Keselamatan
PBB yang masih belum dirungkai sehingga sekarang. Semua 5 negara anggota veto
dalam Majlis Keselamatan..US, Perancis, China, Russia dan Britain menyatakan
sokongan terbuka untuk gugurkan sekatan ini. Walaupun ada berita menyatakan
bahawa US dan Britain sengaja lambatkan proses pelepasan C7 ini, tetapi ia
sebenarnya bergantung penuh kepada penyelesaian dengan Kuwait, yang terlibat langsung dengan sekatan ini.
Mereka masih dalam proses penyelesaian isu-isu tertunggak antara mereka.
Banyak isu seperti isu pampasan dan sempadan
telah diselesaikan secara mutlak. Bahkan Kuwait telah menandatangani MOU dengan
Iraq, untuk melabur di Iraq. Kalau masih dalam mood perang, takkanlah Kuwait
berani nak melabur di Iraq. Juga dalam bidang sukan, Iraq boleh bertandang ke
Kuwait City, ibukota Kuwait untuk perlawanan akhir Piala Kelab AFC baru-baru
ini, yang jelas mencerminkan kerjasama rapat mereka dalam semua bidang. Jadi
tunggu lampu hijau sahaja untuk gugurkan Iraq daripada C7. Dan seterusnya
menghadirkan berita gembira kepada kita semua, insyaALLAH.
Setiausaha Agong PBB, Ban Ki Mon akan buat kunjungan rasmi
ke Iraq dalam masa terdekat. Duta PBB, Gennady Tarasov dalam satu
kenyataan di media menyatakan akan membawa isu hubungan Kuwait –Iraq ke
mesyuarat Majlis Keselamatan dalam masa terdekat. Kita nantikan yang terbaik
buat kita semua. Apa yang pasti, forum-forum di US sedang panas membincangkan
soal IQD. Hujah dan pendapat ekonomi mereka, memang terbaik dan bukannya rekaan
semata-mata. Mereka juga menunggu seperti kita. Kalau mereka yang banyak
melahirkan ramai bilionair di dunia dan bijak ekonomi turut menyimpan IQD,
apalah dibandingkan dengan kita. Mereka tahu rahsia ini. Dan syukur yang kita
juga seperti mereka. Menunggu untuk kaya dan berjaya macam mereka semua..
* Bolasepak Malaysia perlu contohi negara Iraq untuk berjaya.
Iraq pernah belasah Singapura 7-1 dalam kelayakan Piala Dunia lepas. Sedangkan
semalam, pasukan kita teruk dibelasah pasukan Singapura. Malaysia sudah kena
berubah untuk berjaya dalam semua bidang. Iraq pernah menjadi juara Piala Asia
pada tahun 2008 serta tempat ke-4 sukan Olimpik 2004. Dan sekarang menduduki
tempat kedua di belakang Jepun dan berkongsi mata dengan Australia, dalam
kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Jika mereka menduduki tempat ke-2, mereka
sudah pasti layak secara automatik ke Brazil. Itu soal sukan bolasepak, mereka
sudah lama mengatasi kita. Mungkin satu hari nanti, ekonomi kita juga akan
diatasi oleh Iraq. Ianya tak mustahil untuk dilakukan…