PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Selasa, 23 Oktober 2012

Tips penjagaan bateri laptop


Tips penjagaan bateri laptop

  • Jika anda baru membeli laptop daripada kedai komputer, Apa yang perlu anda lakukan adalah mengecas bateri tersebut sehingga penuh. Ia mungkin mengambil masa sehingga 6 ke 8 jam( bergantung pada jenis brand , (sila rujuk manual laptop tersebut)
  • Jika anda memang confirm tidak menggunakan laptop selama seminggu(atau lebih) , anda dinasihatkan supaya mengeluarkan bateri tersebut daripada laptop.
  • Tolong jangan dedahkan bateri laptop kepada haba yang tinggi atau suhu yang beku . Contohnya jangan biarkan bateri laptop anda didalam kereta pada musim panas. Ia akan memberi kesan buruk pada bateri tersebut .
  • Pernah guna UPS ? perkara ini jarang-jarang sekali orang melakukannya . Dalam 1000 orang mungkin seorang dua yang tahu akan kebaikan cara ini . Cas laptop menggunakan kaedah penggunaan UPS . Beli UPS dan cuba cas melaluinya .
  • Jangan kerap mengunakan laptop sambil cas , ia akan memendek kitaran hayat bateri. Bateri akan cepat panas. Kalau anda rasa nak mengadap laptop empat ke lima jam , pastikan bateri ditanggalkan.

Isnin, 22 Oktober 2012

KEMPEN JOM KERJA SEMPENA KARNIVAL JELAJAH GeMS KUALA LANGAT


KEMPEN JOM KERJA SEMPENA KARNIVAL JELAJAH GeMS KUALA LANGAT

Pengunjung yang hadir mendaftarkan diri di meja urusetia.
Seorang pengunjung mengisi maklumat diri dengan syarikat KL Airport yang menyertai walk-in interview Jom Kerja
Kakitangan sebuah syarikat vendor stereng kereta Toyota dan Perodua
memberikan penerangan kepada pengunjung
Pegawai Kolej MCS Kuala Langat sedang menemuduga seorang pengunjung
Antara syarikat yang terlibat di dalam Jom Kerja Kuala Langat

WALK IN INTERVIEW KEMPEN JOM KERJA ANTARA TUMPUAN BELIA DI KARNIVAL GeMS KUALA LANGAT (SABTU, 18 JUN 2011 - DATARAN MORIB)

Antara aktiviti yang mendapat tumpuan belia di Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor Siri 8 : Daerah Kuala Langat yang bertempat di Dataran Morib selama satu hari ialah ‘walk-in interview’ Kempen Jom Kerja.
Jom Kerja menumpukan kepada penyertaan belia dan remaja yang menganggur dan tiada pekerjaan untuk mengisi kekosongan tenaga kerja di syarikat dan kilang-kilang swasta di Selangor.
Jom Kerja merupakan satu program di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali yang mana kerajaan negeri menyedari hakikat bahawa masih banyak peluang pekerjaan di Selangor dalam sektor swasta dan perkilangan yang memerlukan tenaga kerja yang banyak akan tetapi kebanyakannya diisi oleh tenaga kerja warga asing, manakala kadar belia menganggur sangat ramai.
Oleh itu, kerajaan negeri melaksanakan program seumpama ini untuk mengajak belia untuk tidak mensia-siakan tenaga mereka yang masih kuat untuk menjana ekonomi negeri yang pesat ini.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah mengadakan Kempen Jom Kerja hampir semua daerah di seluruh Selangor sejak diperkenalkan pada tahun 2009.
Penyertaan belia yang hadir memohon pekerjaan adalah kira-kira seramai 200 orang. Kebanyakan belia yang ditemui berkata mereka berpuas hati dengan kempen jom kerja seumpama ini yang dapat memberi kemudahan dan pilihan kepada belia yang sudah tamat pengajian dan juga belia yang menganggur mencari pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.
Sebanyak sembilan syarikat swasta dan pengusaha kilang dalam Selangor yang terlibat di dalam temuduga terbuka secara langsung dengan kerjasama daripada Selangor State Investment Centre (SSIC). Antaranya ialah Western Digital (M) Sdn. Bhd., KL Airport Services Sdn.Bhd., Golden Palm Tree Rsort & Spa-Sepang Goldcoast Sdn. Bhd., Megasteel Sdn. bhd., Kolej MCS, Chemi-con (Malaysia) Sdn. Bhd., Significant Technologies Sdn. bhd., Trolli Master Sdn. bhd., dan Mettube Sdn. Bhd.

Bank Rakyat meluluskan Pinjaman Untuk Program Master


Popular Posts