PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Ahad, 30 September 2012

1 Belia 1 Budaya






Satu program Khas yang dikenali sebagai "1 Belia 1 Budaya" telah berlangsung dengan jayanya di College MCS, Aim Point, Banting pada 24 Disember 2009. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di antara para pelajar MCS. Di samping itu juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pelajar dan staff MCS. Para pelajar juga berpeluang menunjukkan bakat selain daripada akademik. Program ini telah disertai oleh para pelajar College MCS, serta wakil dari beberapa jabatan seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MYAC, JPK, pegawai polis dan lain-lain. Beberapa aktiviti telah dirangka sebagai hiburan semasa program tersebut. Permulaan persembahan dimulakan dengan seni mempertahankan diri iaitu pencak silat dan silambam. Kemudian ucapan alu-aluan dari pihak college yang diwakili oleh CEO College MCS iaitu Mr Ravi serta Mr Govind selaku ketua program JPK. Penerangan khas mengenai kursus JPK benar-benar memberikan info yang berguna kepada para pelajar dan hadirin yang datang. Kemudian persembahan diteruskan dengan tarian berkonsepkan 1 budaya dengan mengabungkan pelbagai kaum di Malaysia oleh para pelajar College MCS. Persembahan mereka sangat menakjubkan dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang hadir. Kemudian pelbagai persembahan sebagai hiburan telah diteruskan seperti deklamasi sajak, lakonan, nyanyian serta tarian muzikal. Setelah selesai menyaksikan persembahan pelajar, sesi jamuan diadakan dan kemudian sesi fotografi telah di adakan bagi para pelajar yang akan tamat sesi pembelajaran. Program 1 Belia 1 Budaya menjadi pentas bagi para pelajar menunjukkan bakat selari dengan objektif program ini iaitu bagi melahirkan para pelajar yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi serta kerjasama di antara para pelajar. Diharapkan program yang bermanfaat seumpama ini dapat dijalankan setiap tahun.


College MCS


Yang Lama..




Yang Baru..


Kini Kolej MCS mengorak langkah maju ke hadapan untuk mencapai misi dan matlamatnya demi menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang lebih dikenali dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. 

Anak pemandu lori, bas pelajar terbaik Kolej MCS


SEPANG 9 April - Faktor kesempitan hidup bukanlah alasan kepada anak- anak muda untuk mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran. Ini terbukti apabila anak kepada pemandu lori dan anak pemandu bas muncul sebagai pelajar terbaik Kolej MCS pada majlis konvokesyen kolej itu di sini semalam.

Kejayaan dua graduan jurusan Diploma Pengurusan Pejabat itu membuktikan keperitan hidup bukan penghalang kepada kejayaan yang ingin dicapai.

Anak pemandu bas, Camelia Lajukim, 28, yang berasal dari Keningau, Sabah berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi juruwang di sebuah restoran sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga.

Pada mulanya dia terpaksa menangguhkan impian untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Semenanjung bagi mengumpulkan wang selain membantu meringankan beban keluarganya.
"Pendapatan keluarga tidak menentu kerana ibu saya cuma seorang petani dan terpaksa menanggung enam adik beradik lain.

"Hampir tiga tahun saya bekerja untuk mengumpul duit selepas tamat sekolah dan pada 2007 barulah hasrat tercapai untuk sambung belajar.

"Nasib saya bertambah baik kerana pihak Kolej MCS berusaha untuk melayakkan saya membuat pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara)," katanya yang kini menjadi guru sementara di Keningau.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis konvokesyen kolej tersebut.
Penyampaian sijil dan diploma kepada graduan kolej tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan

Seorang lagi pelajar cemerlang, Basiriah Kasee, 27, berkata, dia menganggap kejayaannya itu merupakan hadiah paling berharga kepada bapanya, Kasee Mohamad, 59, seorang pemandu lori dan ibunya, Alimah Abdul Kader, 55, seorang suri rumah.

Penerima Anugerah Akademik Cemerlang dan Anugerah Pelajar terbaik itu juga mahu membuktikan kepada keluarganya bahawa dia boleh berjaya walaupun terdapat pelbagai halangan.
"Dalam keluarga, saya seorang sahaja yang dapat sambung belajar kerana masalah kewangan menghalang adik beradik lain berbuat demikian.

"Saya sangat berbangga dengan hasil usaha saya sendiri, saya mampu mencapai cita-cita saya," kata anak bongsu daripada lima adik beradik itu.

Basiriah kini bekerja di bahagian pengurusan di Sekolah Integrasi Labu, Seremban selain bekerja separuh masa sebagai kerani di sebuah syarikat pertanian di Sungai Pelek, Selangor.
Selain Camelia dan Basiriah, 231 lagi graduan kolej itu menerima sijil kemahiran dan diploma masing-masing.

Kolej MCS menawarkan program pengajian dalam pelbagai jurusan termasuk Pengurusan Pejabat, Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Pemasaran yang mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Popular Posts