PENDAFTARAN SESI MEI/JUN 2018
Menyedari keperluan untuk pengurusan keselamatan yang lebih baik di Malaysia, Saito telah mewujudkan sekolah yang memenuhi keperluan pendidikan dan latihan para profesional keselamatan. Bersama dengan rakan industri kami, Safeguard Corporation, dan pelbagai organisasi korporat dan badan-badan kerajaan, Saito telah mencipta program pengurusan keselamatan yang memenangi anugerah yang membolehkan para pelajar memahami, menghargai dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam kerumitan pengurusan keselamatan moden. Hari ini, graduan Akademi Keselamatan Saito sangat dihormati dalam industri keselamatan, dengan banyak pekerjaan dan peluang kemajuan kerjaya. Kursus Saito diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Lulusan Saito boleh berjalan dengan yakin bahawa masa depan cerah mereka lebih selamat apabila tamat pengajian di Akademi Keselamatan Saito.
PROGRAM:
1) Sarjana Muda Sastera dalam Penguatkuasaan Undang-Undang (Penyiasatan) (Kepujian)
(N / 861/6/0016) JPT / BPP (K) 1000-600 / B266 Jld.7 (2) -02/22
2) Diploma Pengurusan Keselamatan
(A6912) (R / 862/4/0052) JPT / BPP (K) 1000-600 / B266 Jld.6 (12) -07/21
3) Diploma Pentadbiran Penguatkuasa Undang-Undang
(MQA / FA1577) (R / 861/861/4/0003) JPT / BPP (K) 1000-600 / B266 Jld.7 (4) -9/22
PROGRAM:
1) Sarjana Muda Sastera dalam Penguatkuasaan Undang-Undang (Penyiasatan) (Kepujian)
(N / 861/6/0016) JPT / BPP (K) 1000-600 / B266 Jld.7 (2) -02/22
2) Diploma Pengurusan Keselamatan
(A6912) (R / 862/4/0052) JPT / BPP (K) 1000-600 / B266 Jld.6 (12) -07/21
3) Diploma Pentadbiran Penguatkuasa Undang-Undang
(MQA / FA1577) (R / 861/861/4/0003) JPT / BPP (K) 1000-600 / B266 Jld.7 (4) -9/22
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Tahniah kepada lepasan SPM/STPM yang mendapat keputusan cemerlang seterusnya melayakkan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di dalam mahupun luar negara. Setiap tahun kita menyaksikan seramai hampir 1/2 juta lepasan SPM seolah-olah "rama-rama yang keluar dari kepompong" dan memulakan satu fenomena baru yang belum pernah mereka tempuhi selama ini.
Hanya sekitar 20% sahaja lepasan SPM akan ditempatkan di IPTA. Persoalannya, adakah selebihnya (diri anda mungkin salah seorang darinya) tidak layak menyambung pengajian?? Anda tetap layak sebenarnya, hanya kadar penerimaan diri anda & kesedaran bakal menentukan masa depan anda. "DI MANA ANDA BERADA 3 ATAU 5 TAHUN AKAN DATANG BERKAIT RAPAT DENGAN KEPUTUSAN ANDA PADA HARI INI..."
anda seolah-olah sedang berada di persimpangan.....kemanakah arah yang harus dituju....IPT mana yang harus dipilih & apakah kursus yang dipilih itu mempunyai masa depan yang lebih berdayasaing? Pelajar-pelajar kita harus bijak dan tahu bagaimana untuk 'MENCIPTA KERJAYA'. Bukan hanya sekadar menanti pekerjaan muncul di depan pintu setelah tamat pengajian kelak.
Persepsi Masyarakat Tentang IPTS Di Malaysia
Masyarakat Malaysia haruslah bersikap lebih terbuka tentang IPTS terutama sekali IPTS yang ditubuhkan di Malaysia. IPTS seharusnya dilihat sebagai institusi yang menyumbang dan membantu masyarakat terutamanya lepasan SPM/STPM agar melihat IPTS sebagai 'jalan alternatif' untuk keluar dari kebuntuan disebabkan permohonan ke IPTA gagal. Cuba kita renungkan sejenak alangkah ruginya anak-anak bangsa kita yang seawal 18 tahun telah mula bekerja di kilang-kilang, pasaraya, restoran makanan segera dan banyak lagi sedangkan hakikatnya mereka MASIH LAYAK UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT DIPLOMA
!!!. Fikirkan !!! 3 atau 5 tahun akan datang......"menyesal betul aku tak belajar dulu....kalaulah aku belajar.....tentulah aku di tempat yang lebih baik dari sekarang". Mahukah perasaan itu menghantui anda?
Kenapa ini berlaku? ianya tidak lain dan tidak bukan kerana kita & kebanyakan orang-orang disekeliling kita masih bersikap 'prejudis' terhadap IPTS. Buka minda....buka hati...cuba renungkan fakta dibawah:-
Lepasan SPM setiap tahun = +/- 500,000 orang
Tempat di IPTA = +/- 100,000 orang (termasuk kolej komuniti, politeknik)
Di manakah tempat lebih 400,000 lepasan SPM saban tahun akan pergi? adakah mereka ini tidak layak? Pemikiran kebanyakan dari kita masih terbelenggu oleh "BELAJAR DI UNIVERSITI KERAJAAN......NANTI SENANG DAPAT KERJA". Persoalannya masih relevankah kata-kata itu? Jika benar.....mengapa sebahagian besar lepasan IPTS pun menjawat jawatan yang tidak kurang hebatnya?. hakikatnya....sektor swasta di Malaysia ini semakin lebih besar dari sektor awam.
Setujukah anda jika saya katakan kewujudan kami ini dapat membuka ruang & peluang lepasan SPM untuk melangkah lebih jauh. Jika 25% pun yang kami dapat bantu (100,000 orang) itu adalah satu kejayaan yang amat besar....
(Ukur Baju Di Badan Sendiri)....masa depan anda bukan 'makcik' anda yang tentukan...
Kami sering mendengar alasan..."maaflah encik...tak jadi masuklah....makcik/sepupu/cikgu saya kata kolej ni tak bagusla.....tak diiktiraf". Inilah antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan dengan membuat keputusan terpenting hanya dengan tanggapan atau pandangan mereka yang kurang arif. Kita selalu diingatkan agar 'mengukur baju di badan sendiri' kerana masa depan anda....anda sendiri yang tentukan. Memang kadang-kadang keluarga kurang faham atau keliru dengan tawaran yang ditawarkan.....tetapi sumber rujukan yang selalunya lebih cenderung kepada 'negatif' amat kurang adil dengan langsung tidak memberi peluang kepada kami untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang persoalan yang ditimbulkan itu.
Laluan Alternatif Ke IPTA? Bagaimana? Lihat pada keputusan SPM anda.....bermula pada tahun ini syarat kemasukan ke IPTA berdasarkan kepada kiraan markah merit. Ini membuatkan ramailah yang pada mulanya mencongak akan ditawarkan ke IPTA berasa kecewa dengan keputusan yang tidak memihak kepada mereka. Adakah keadaan ini akan terus menutup peluang anda untuk belajar di IPTA? Tentulah TIDAK......anda perlu berfikiran positif.
PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920
Tiada ulasan:
Catat Ulasan