PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Monday 13 February 2017

KOLEJ SAITO DI IKTIRAF MQA


Kolej Saito telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh seorang lelaki iaitu Encik Tetsuo Saito. Pada asalnya, kolej ini ditubuhkan adalah semata-mata untuk memperkenalkan negara Jepun dan budayanya. Namun begitu, pengasasnya telah mendapat inspirasi untuk memperkenalkan bidang yang berkaitan dengan reka bentuk. Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan kolej ini sebagai perintis dalam pendidikan reka bentuk di Malaysia. Sejak penubuhannya, kolej Saito telah berjaya melahirkan graduan yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi seperti yang direncanakan oleh pengasasnya iaitu kegigihan, dedikasi dan juga seni. Kaedah pendidikan dan kursus yang ditetapkan di kolej ini adalah semata-mata untuk membolehkan pelajar menghasilkan reka bentuk yang bukan sahaja untuk menarik perhatian majikan di seluruh dunia malahan untuk melahirkan graduan yang cemerlang dan mampu meraih anugerah dalam bidang reka bentuk ini. 

Untuk pengetahuan anda juga, kolej Saito berpegang kepada kepercayaan bahawa antara kerjaya yang mampu meraih pendapatan lumayan adalah dalam bidang reka bentuk. Sepanjang penglinatannya dalam industri pendidikan, kolej ini telah berjaya menarik banyak syarikat multinasional seperti Coco-Cola dan juga Nike untuk bekerjasama bagi membolehkan pelajar melonjakkan bakat mereka ke arena antarabangsa. Selain itu, kolej ini bukan sahaja mendedahkan kepada pelajar mengenai pengetahuan dalam industri malahan turut membawa pelajar menikmati kegembiraan dan keseronokan dalam bidang reka bentuk. Sejak penglibatannya selama 29 tahun, Kolej Saito telah berjaya melahirkan graduan yang memenangi banyak anugerah dan juga pengiktirafan daripada syarikat-syarikat multinasional.


MQA- 
http://www2.mqa.gov.my/mqr/akrKPList.cfm?IDAkrIPTS=316

PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920

No comments:

Popular Posts