inFO BIASISWA
Biasiswa karangkraf 2016 adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh Kumpulan Media Karangkraf untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & Diploma yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.
Misi
a) Mewujudkan dana pendidikan kepada kakitangan, anak kakitangan dan para pembaca Karangkraf yang layak sebagai satu kemudahan kepada mereka.
b) Satu pendekatan pihak swasta dalam membantu dan bersama-sama dengan masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR).
c) Membantu para pekerja Kumpulan Karangkraf dan anak syarikatnya di dalam perkembangan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Visi
a) Meningkatkan keterampilan, pengetahuan dan kelayakan para penerima dana melalui program pendidikan formal yang ditawarkan.
b) Menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan membangun.

Objektif
a) Membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke university swasta (IPTS)
a) Membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke university swasta (IPTS)
b) Memberi peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA
c) Mengurangkan pergantungan kepada pinjaman pendidikan
KRITERIA
- Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
- Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
- Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
- Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
- Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
- (Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00
TARIKH TUTUP
Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS.
AMAUN
Seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dicetak di laman web http://www.karangkraf.com/dana.
- Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
- Di antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-
– Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.
– Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)
– Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
– Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima)
– Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
– Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
– Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung
– Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2
– Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan
ALAMAT
Nama Pegawai : Nurhidayati Binti Mohd Nasir
Alamat : Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off
Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-5101 3325/3327
No. Faks : 03-5101 3308
Emel : nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com
Facebook : Biasiswa Karangkraf

PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi: En.Shamsul Di talian 012-9182920. SMS (Nama) (Umur) (No.Phone) ke 0129182920
Tiada ulasan:
Catat Ulasan