PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Jumaat, 15 Mac 2013

OPS DAULAT


OPS DAULAT Lahad Datu Sabah : Tentera + Polis Gempur Pengganas Dalam Masa 48 Jam!


Ops Daulat
Hari ini Ops Daulat sudah memasuki hari Kesebelas. Kami boleh nampak sendiri air muka Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin cukup sedih tetapi tegas, ditambah dengan kemarahan yang tidak boleh diselindung lagi ketika dalam sidang media.
Apatah lagi melihatkan perkhabaran yang cukup menyedihkan apabila satu demi satu anak buahnya dan perwira untuk 28 juta rakyat Malaysia terkorban. Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran…

Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran yang “cukup meyakinkan” sejak Ops Daulat yang mula dilancarkan, apabila Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sudah meniup semboyan yang cukup-cukup tegas bagi melawan saki-baki pengganas Lahad Datu kali ini.

OPS Daulat : Berita terkini Dari Lahad Datu

Hari ini adalah hari kesebelah sejak Ops Daulat Lahad Datu Sabah dilancarkan :
  1. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah
  2. Gempuran Ops Daulat akan dilakukan dalam tempoh sekitar 48 jam lagi
  3. ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Febebuari lepas.

OPS Daulat : Antara Peralatan Senjata & Kekuatan Anggota Pertahanan Yang Bakal Ditambah!

  • Sebelum ini, ketika gempuran Ops Daulat pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.
  • Untuk Ops Daulat Kali ini beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat + Machine gun dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.
Ops daulat
  • Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109
  • 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di lahad Datu secara berperingkat
Alhamdulilah. Barulah buku bertemu dengan ruas. Kalau dahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km, kali ini Kementerian Pertahanan yang diberi tanggungjawab menjaganya.
Mereka ini yang sememangnya yang lebih layak menjaga pertahanan negara yang cukup terdedah daripada serangan musuh sekarang ini termasuklah di Sabah.
Semoga operasi Ops daulat Lahad Datu menjadi semakin lancar mendapat arahan terus tanpa birokrasi yang berlebihan yang mana tanpa campur tangan yang berlebihan daripada kalangan yang berkepentingan tetapi tidak berkelayakan dan tidak berpengalaman dalam operasi penting seperti ini.
P/S : Sama-sama kita doakan anggota keselamatan kita diberikan terus kekuatan bagi menghapuskan terus saki-baki pengganas Lahad Datu Sabah seterusnya menamatkan terus operasi Ops Daulat kali ini..

Tiada ulasan:

Popular Posts