PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Rabu, 13 Februari 2013

Skim Biasiswa@Pinjaman Pendidikan - Yayasan Sarawak


Skim Biasiswa@Pinjaman Pendidikan - Yayasan Sarawak

Perhatian kepada penduduk negeri Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah. Biasiswa, bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran untuk menyambung pengajian, berikut merupakan antara senarai tempat untuk anda membuat permohonan di negeri Sarawak.

Nama SkimSKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN
TujuanPemberian biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang dan mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.
Syarat
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Negeri Sarawak.
  • Pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam kegiatan ko-korikulum.
  • Pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
  • Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah dan lulus temuduga.
  • Tawaran permohonan akan diiklankan di dalam akhbar tempatan.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan YBSTAR/1/2010.
Bantuan
  • Ijazah Sarjana Muda: Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
  • Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):  Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
  • Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).

Nama SkimSKIM BIASISWA TABUNG AMANAH BAKUN
TujuanUntuk memberi bantuan kepada pelajar yang berasal dari Daerah Belaga dan layak melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara.
Syarat
  • Latar belakang sosio ekonomi dan mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan BCT/1.
Bantuan
  • Biasiswa – Peringkat Sijil hingga Ijazah Sarjana Muda.
  • Pinjaman – Ijazah Sarjana hingga PhD, dengan seorang (1) penjamin dengan amaun pinjaman untuk yuran pengajian sahaja.
Nama SkimSKIM BIASISWA PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA
TujuanBiasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.
Syarat
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun dengan mengisi borang permohonan YS/1/2000 atau melalui portal.
  • Pelajar diminta memohon pinjman PTPTN terlebih dahulu dan Yayasan Sarawak sedia mempertimbangkan permohonan sekiranya ditolak oleh PTPTN.
  • Kelulusan tertakluk kepada latar belakang sosio ekonomi dan peruntukan semasa.


Nama SkimSKIM PINJAMAN TABUNG PUSINGAN
TujuanBantuan kewangan segera kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara sebelum mendapat penajaan. Pinjaman ini MESTI dibayar balik setelah menerima biasiswa/pinjaman daripada badan penaja lain.
Syarat
  • Terbuka kepada pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan sahaja.
  • Kelulusan tertakluk kepada peruntukan semasa.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/18/1996 atau memohon melalui portal.
Bantuan
  • Anggaran maksima pinjaman RM1,500.00 seorang berdasarkan peringkat pengajian dan lokasi Institusi Pengajian Tinggi.
  • Pembayaran dibuat secara tunai, sekali sahaja.
  • Pelajar dikehendaki membayar balik sebaik sahaja mendapat penajaan.


Nama SkimSKIM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN
TujuanMemberi peluang kepada lepasan sekolah/belia yang berminat untuk mengikuti Latihan Kemahiran di Institusi Kemahiran di Malaysia bagi mendapatkan Sijil Kemahiran serta menyediakan peluang kedua kepada pelajar yang tidak berjaya mengikuti pendidikan secara formal agar dapat memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang kemahiran.
Syarat
  • Berminat untuk mengikuti kursus kemahiran serta dapat menguasai kemahiran asas akademik iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).
  • Lepasan PMR/SPM/STPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi yang formal di Malaysia.
  • Berusia antara 16 tahun hingga 25 tahun sahaja dan mengikuti latihan kemahiran secara sepenuh masa sahaja
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/PT.155/Pindaan 3
Bantuan
  • Yuran latihan/kursus dan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian.


Nama SkimSKIM BANTUAN AWAL LATIHAN KEMAHIRAN
TujuanMembantu menyediakan keperluan kewangan kepada para pelatih yang tidak mampu dan telah mendapat tawaran di Institut Latihan Kemahiran.
Bantuan
  • Membiayai yuran pendaftaran dan kos pengangkutan dari tempat asal ke Institut Latihan Kemahiran di Malaysia.



Hubungi Kami
Ibu Pejabat
Pusat Pembangunan, Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA
Tel : 6082-441686
Fax : 6082-440023
Email : ys@yayasansarawak.org.my
Laman Web: www.yayasansarawak.org.my

Cawangan Kuala Lumpur 
No 1, Jalan Stonor off Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel : 603-21457371/2
Fax : 603-21453607

Tiada ulasan:

Popular Posts