Sesi “Taklimat Perniagaan” telah diadakan untuk pelajar-pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Pejabat dalam kuliah Pembangunan Keusahawanan (Entreprenuership Develepment).Tujuan taklimat ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri insurans. Taklimat ini diberikan oleh Encik E. Manikam, Pengurus Agensi AIA, Cawangan Kelang.
Taklimat ini mengandungi maklumat-maklumat tentang tugas-tugas dan tanggungjawab seorang perunding kewangan (financial planner). Dalam ceramahnya beliau menegaskan kepentingnya adanya rundingan kewangan dalam kehidupan seharian individu. Maka dengan itu, tawaran pekerjaan sebagai perunding kewangan adalah merupakan peluang bagi para graduan untuk mendapat pengalaman dalam menguruskan kewangan pelanggan. Para pelajar juga didedahkan dengan pengenalan produk-produk yang ada dalam industri insurans itu sendiri.
Taklimat ini tamat selepas 2 jam dan sebagai penutup pelajar-pelajar mendapat pengetahuan asas tentang konsep insurans dan kerjaya sebagai perunding kewangan.
Taklimat ini tamat selepas 2 jam dan sebagai penutup pelajar-pelajar mendapat pengetahuan asas tentang konsep insurans dan kerjaya sebagai perunding kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan