PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Monday 18 January 2016

Bantuan Permulaan Ke IPT- PELAJAR PULAU PINANG



Bantuan Permulaan Ke IPT

IPT
i) Bantuan Permulaan IPT (Dalam Negeri)
Objektif :
Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara .
Syarat- syarat :
1.Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
2.Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
3.Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran
4.Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
 5.Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
6.Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
7.Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan
8.Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
9.Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG
Cara – cara memohon :
1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.
2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran
4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).
5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris

PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920. sms ke 0129182920

Popular Posts