PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓢𝓱𝓪𝓶𝓼𝓾𝓵) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓢𝓱𝓪𝓶𝓼𝓾𝓵) DAFTAR

Monday 18 January 2016

BANTUAN DAN PINJAMAN PENDIDIKAN


BANTUAN DAN PINJAMAN PENDIDIKAN

SIAP
1) Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.
2) Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;
  • a. Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdaftar secara sah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)
  • b. Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih
  • c. Had Umur – Diploma (18 – 23 tahun)
  • Ijazah (18 – 25 tahun)
3) Permohonan insentif ini mestilah dibuat di Pejabat Rancangan FELDA masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen tersebut yang telah disahkan;
  • a.Surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA / IPTS yang terpilih
  • b.Kad Pengenalan pemohon
  • c.Kad Pengenalan Peneroka (ayah, ibu, atau penjaga)
  • d.Penyata Pendapatan peneroka (paysheet) terkini
4) Pemohon yang tidak layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut;
  • a.Peneroka atau anak peneroka yang menetap di luar rancangan
  • b.Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi / Program Asasi
  • c.Pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat Sijil / Pra / Matrikulasi / Asasi (Foundation) /Briged politeknik / Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD)
  • d.Pelajar di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Program separuh masa (part-time) / pemohon yang telah bekerja
  • e.Penerima Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara FELDA / pelajar yang mengikuti Kursus Latihan Kemahiran FELDA


PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920. sms ke 0129182920

Popular Posts