Lepasan SPM 2015 : Nak sambung belajar atau nak kerja?
Dah dapat result SPM. Pasni nak buat apa? Nak sambung belajar? ke nak kerja? Tu soalan biasa yang ditanya kepada budak2 yang baru terima result SPM. Ada yang akan jawab 'nak kerja'. Tapi yang paling biasa adalah 'nak sambung belajar'.
Honestly guys...... dua-dua pun okay. Kalau dah rasa malas sangat nak belajar dah, baik gi cari kerja. Dapat jugak duit bulan-bulan. Tapi kebiasaannya, kerja tanpa kelulusan akademik ni takkan pergi jauh. Mmm... bukan bermaksud tak kaya. Orang yang tak ada pelajaran pun boleh jadi kaya. Tapi kena ada kepintaran, berani dan rajin. Pintar mencari peluang (survival untuk hidup) dan cepat belajar dari kesilapan lalu dan juga kesilapan orang lain. Bab berani tu maksudnya berani buat sesuatu yang baru dan berani menanggung risiko. Bab rajin tu pulak maksudnya ringan tulang, rajin buat overtime/part time kerja, bukannya membuta ya (tido). Itu tiga resepi untuk orang malas belajar jadi orang yang berjaya. Kalau tak ada salah satu tu...... maksudnya anda bakal menjadi pekerja bawahan seumur hidup dan tak kan 'senang' sampai bila-bila.
Tetapi ramainya budak lepasan SPM yang nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab dorang nak kerja yang best-best. Kelemahan yang nyata tuk sambung belajar ni adalah yuran. Belanja tuk sambung belajar memang tinggi. Kebiasaannya tuk satu semester pengajian (4 - 6 bulan) pun dah boleh cecah beribu-ribu ringgit. That's why dah jadi perkara normal, budak2 yang sambung belajar akan ambik pinjaman pendidikan. Tak kiralah pinjaman PTPTN ke, MARA ke..... tapi bila dah habis belajar.... maksudnya dorang akan menanggung beban hutang belajar yang tinggi. Mengikut pandangan aku, kalau budak lepasan SPM decide tuk sambung belajar, 1 je nasihat aku: Belajarla dengan bersungguh-sungguh... make sure study smart. Supaya korang dapat result yang best then ada peluang cerah tuk dapat kerja yang best. Kerja yang bagi korang gaji yang tinggi, yang boleh cover pinjaman pelaran tu balik semula. Dengan result yang cemerlang jugak korang boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kalau korang sambung diploma tapi result dapat kurang 3.7 peluang untuk sambung peringkat degree memang malap.... pudar gituh... Kelebihan sambung belajar ni..... nanti lepas belajar, korang takkan jadi pekerja bawahan, biasanya korang akan bekerja di bahagian pengurusan. Jadi pembantu tadbir, pembantu urusan, pegawai, kalau dah ada degree, tak mustahil tuk pegang jawatan pengerusi/pengarah. Kalau bermula dari bawah (sebagai pekerja bawahan) pun korang akan senang naik pangkat.
Masalahnya, kalau nak sambung belajar, nak ambik program apa ya? nak daftar sijil (kemahiran) ke?, form 6 (STMP) ke? Matrik ke? Foundation ke? atau Diploma? Well... semua program ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Macam yang tertulis kat bawah ni.
So kalau nak jugak pendapat aku, aku akan bagi cadangan, korang sambung diploma la. Ada banyak IPTA dan juga IPTS yang offer program diploma. Kemasukan ke IPTA mungkin terhad sikit sebab dorang ada quota tuk jumlah kemasukan pelajar dan syarat kelayakan juga lebih ketat berbanding IPTS. Kalau korang pilih tuk belajar kat IPTS pulak. Nasihat aku, baik korang cari IPTS yang mendapat pengiktirafan MQA/LAN supaya diploma yang korang dapat tu 'sah laku' untuk korang cari kerja ataupun untuk korang sambung belajar ke peringkat degree nanti. Kursus yang korang ambik tu pulak, make sure dah berdaftar ngan KPT... kalau tak memang sesaja je korang belajar tiga empat tahun tapi diploma yang korang dapat tu tak leh guna tuk cari kerja.
Semua kursus yang ditawarkan memang telah berdaftar ngan KPT dan kursus-kursus yang dioffer memang mendapat pengiktirafan (akreditasi) dari LAN (Lembaga Akreditasi Negara)... dengan kata lain... ada kualiti gituh.. (ada unsur bangga diri skit).. So kalau korang belajar penat-penat pun, don't worry la... diploma yang korang dapat tu memang laku tuk korang sambung belajar ke peringkat degree dan boleh guna tuk cari kerja jugak.
.
PENTING!! Untuk mendapatkan maklumat Penuh sila Hubungi En.Shamsul Di talian 012-9182920. sms