KOLEJ UNITI
Kolej 
UNITI telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
 pada 15hb Mac 1997 dan memulakan operasinya di kampus yang terletak di 
Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada tahun
 pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains UiTM. 
Pada tahun berikutnya, pelajar Kolej UNITI 
meningkat kepada 405 orang dengan 4 program akademik. Pada tahun 2001, 
dengan 10 program akademik jumlah pelajar telah berkembang kepada 1110 
orang. Kini Kolej UNITI telah berjaya menawarkan 13 program yang 
mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian 
Pengajian Tinggi. Semua program telah mendapat pengiktirafan dari 
Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Konsep Pendidikan di Uniti
Menyedari bahawa pendidikan adalah proses 
berterusan dalam memperolehi ilmu pengetahuan, pembentukan personaliti 
dan perkembangan skil, maka Kolej UNITI berusaha untuk melaksanakan 
peranannya dalam menjayakan proses ini sebagai institusi yang cemerlang 
dalam menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan Islam dan teknologi. Kolej 
UNITI juga komited dalam membentuk pembentukan personaliti muslim dengan
 mempertingkatkan skil pengurusan dan teknologi kepada 
pelajar-pelajarnya untuk membolehkan mereka memberi sumbangan kepada 
masyarakat dan negara kelak.

 
 
 




 
