Selepas SPM lebih baik sambung belajar atau bekerja?
Saya rasa dah agak lama saya tak kongsikan sebarang tips dan cerita untuk pelajar-pelajar yang bakal habis menduduki peperiksaan SPM ni. In Shaa Allah, jika diberi kekuatan dan keizinan oleh Yang Maha Esa, saya memang bercadang nak jadikan blog ini sebagai satu sumber rujukan dan bacaan ringan untuk semua golongan.
Salah satu pembaca sasaran saya ialah adik-adik yang bakal menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Bercakap tentang hala tuju selepas habis SPM. Saya pernah tulis beberapa topik tentang hala tuju selepas habis SPM, dan jika ada adik-adik yang merancang untuk mencari kerja selepas SPM.
Apa yang patut dilakukan lepas habis SPM?
“Adakah saya patut kerja atau sambung belajar?”
Saya rasa, setiap orang pasti akan menghadapi dilema ini bila dah habis SPM. Sesetengah orang, dah mula fikirkan tentang perkara ini sejak hari pertama sesi persekolahan di tingkatan lima. Masa tu la baru terasa, cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru semalam melangkah masuk ke sekolah sebagai murid darjah satu. Masih terbayang kenangan bergelak ketawa bersama kawan-kawan di kantin sekolah, di padang dan juga dalam kelas.
Satu per satu, kenangan masa lalu terimbas semula. Kenangan lawan lumba lari masa hari sukan, kenangan buat persembahan masa hari guru, kenangan jadi pengawas sekolah dan macam-macam lagi kenangan manis. Kenangan pahit pun ada jugak, kena denda misalnya sebab tak siap kerja sekolah. Tiba-tiba, hari ini anda dah pun berada di tingkatan lima, dan anda perlu buat keputusan yang bakal mempengaruhi kehidupan anda.
Adakah anda patut kerja selepas habis SPM atau anda patut sambung belajar?
Sebagai orang dewasa, atau seseorang yang bakal meningkat dewasa, anda ada tanggungjawab keatas diri anda sendiri dan keatas mereka yang bergantung kepada anda. Maksudnya, satu masa nanti anda WAJIB kerja. Itu tanggungjawab anda. Jadi, walaupun anda pilih untuk sambung belajar, sampai satu masa nanti, anda tetap perlu bekerja. Ok jelas?
Jika anda pilih untuk sambung belajar selepas habis SPM, pada waktu ini anda sepatutnya dah tahu mana satu institusi atau pusat pengajian yang anda bakal tuju. Lagi awal anda buat keputusan lagi mudah untuk anda rancang perjalanan kehidupan anda.
Kebiasaannya, pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian, anda ada pilihan sama ada nak
- Ambik diploma
- Masuk Program Matrikulasi
- Masuk Program Asasi
- Masuk tingkatan 6 dan ambik sijil STPM
- Belajar kemahiran dan ambik sijil kemahiran (Contohnya Giat Mara)
Saya syorkan anda berbincang dengan kaunselor atau cikgu-cikgu kaunseling untuk dapatkan maklumat yang paling terkini untuk laluan pengajian selepas habis SPM. Saya akan cerita secara ringkas sahaja kat sini, untuk beri anda gambaran apa yang anda bakal lalui selepas habis SPM.
(1) Ambik DiplomaProgram diploma biasanya mengambil masa 3 tahun dan anda akan belajar di Universiti, kolej univerisiti atau Politeknik. Cara belajar sama seperti cara belajar di peringkat Universiti, dan lazimnya selepas ambik diploma boleh gunakan keputusan yang diperolehi untuk sambung ke peringkat ijazah.(2) Program MatrikulasiDurasi pengajian ada setahun dan ada yang dua tahun. Selepas habis program matrikulasi, terus ambik ijazah. Perlu buat permohonan dan anda boleh pilih mana-mana universiti atau IPTA yang ada di Malaysia.(3) Program AsasiProgram asasi dikendalikan oleh universiti. Selepas menamatkan program asasi pelajar akan diberi peluang untuk ambik ijazah di universiti yang SAMA.(4) STPMHabis STPM boleh terus ambik degree.(5) Sijil kemahiranLepas habis kursus ataupun program, biasanya pelajar sama ada buat bisnes sendiri atau kerja dengan orang.
Kalau anda perasan, kebanyakkan pilihan yang saya senaraikan dari nombor (1) hingga nombor (4) semuanya menjurus kearah ambik ijazah.
Sampai ke bahagian ini, mungkin anda patut tanyakan pada diri anda sendiri, apa sebenarnya tujuan anda nak sambung belajar? Apa tujuan anda ambik matrik, asasi, diploma atau STPM? Adakah sebab nak dapatkan ijazah?
Adakah ijazah itu begitu penting pada diri dan kehidupan anda di masa akan datang? Jika anda jawab YA, tanyakan pula kepada diri anda dan cari jawapan untuk persoalan ini pula, apa kegunaan ijazah untuk anda?
Baiklah, saya sambung sikit lagi. Lazimnya, orang nak ada ijazah sebab nak dapatkan kerja yang boleh bagi gaji yang lumayan. Kalau kita cerita dari segi tangga gaji, untuk mereka yang ada ijazah, gaji permulaan adalah dalam lingkungan RM1,800 – RM3,500 sebulan. Ini adalah gaji asas (basic) dan tidak termasuk sebarang elaun jika ada.
Satu alasan dan sebab yang munasabah kenapa nak ada ijazah. Sebab nak mintak kerja yang boleh bayar gaji yang lumayan. Memandangkan zaman sekarang ni, kos sara hidup makin mahal, jadi alasan dan sebab ini memang relevan.
Sekarang, saya nak ajak anda untuk fikir satu lagi persoalan. Anda nak ijazah dalam bidang apa?
Saya rasa agak kelakar bila ada pelajar yang sibuk nak sambung pengajian tapi masih tak tau nak ambik jurusan (course) apa? Bila ditanya, nak ambik course apa? Boleh pulak dia jawab tak tau lagi. What? Macam mana ko boleh nak sambung belajar tapi masih belum tahu nak ambik jurusan apa?!
Kalau situasi anda pun begini jugak, ini saya nak kongsikan kepada anda satu tips. Kalau susah sangat nak pilih course, tak tau nak ambik jurusan apa, tanya soalan ini kepada diri anda.
Anda nak bina kerjaya sebagai apa? … atau dalam bahasa mudahnya, anda nak kerja apa?
Adakah anda nak jadi doktor? Lawyer? Engineer?
Katakanlah dalam contoh dan penerangan ni, anda berminat nak jadi engineer. Tapi, tahukah anda, engineer ni ada macam-macam? Bidang kejuruteraan ini sangat luas! Ada jurutera yang bekerja dalam bidang pembinaan bangunan, automotif, bahan kimia, elektrikal, mechanical, struktur, plastik, sintetik, software dan macam-macam lagi.
Sebelum nak pilih bidang kejuruteraan yang mana satu, saya nak cadangkan anda buat satu perkara. Buat kajian pasaran pekerjaan terlebih dahulu. Cuba buka laman web agensi pekerjaan atau laman web carian kerja untuk mengetahui jawatan yang bagaimana yang ada banyak permintaan. Ini antara hasil carian kerja kosong yang diiklankan di laman web carian kerja Jobstreet.com.my
Ini yang patut anda buat, sebelum tergesa-gesa nak pilih bidang. Bukan apa, bimbang nanti selepas habis belajar, ijazah anda tidak mempunyai permintaan di pasaran kerja. Dah belajar penat-penat tapi tak ada kerja. Kalau ada pun kat luar negara, anda kena merantau jauh dan tinggalkan negara pulak.
Apa pun, ini cuma cadangan sahaja. Sekarang ni, kalau ikut apa yang dilaporkan di media, ada ramai pemegang ijazah sarjana muda yang tak dapat pekerjaan. Kalau yang bekerja pula, mereka tidak dapat pekerjaan yang sama dengan bidang yang mereka belajar masa di universiti dulu.
Jadi agak sayanglah kalau masa bertahun-tahun dihabiskan untuk dapatkan ijazah tertentu, tetapi bila kerja terpaksa kerja dalam bidang yang berlainan.
Untuk buat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan perjalanan hidup anda seperti ini, ia berbalik kepada persoalan kemampuan juga. Kos untuk belajar bukannya murah, dan jangan terikut-ikut kawan ataupun trend. Kawan sambung belajar dalam bidang kejuruteraan kita pun ikut jugak, tapi kita minat nak jadi jurutera ke?
Bercakap tentang kos pengajian, satu yang saya nak bagitahu kepada anda. Kos pengajian bukannya murah. Ya, anda boleh dapatkan pinjaman pengajian ataupun biasiswa. Akan tetapi, agak sukar nak dapat tawaran biasiswa.
Yang ada ialah pinjaman pembelajaran seperti PTPTN. Namun kena pastikan yang sebelum ni anda pernah buka akaun simpanan SSPN-i Plus dulu. Sesetengah orang lebih suka untuk bekerja dulu, kumpul duit kemudian baru sambung belajar. Bukannya sebab dia tak nak sambung belajar atau sebab dia tak minat, tapi sebab dia nak cari duit dulu.
Mana-mana satu keputusan pun ada kebaikkannya. Setiap orang situasinya adalah berlainan. Ada orang dia kerja dulu baru sambung belajar. Ada orang bekerja sambil belajar.
Pilihan adalah keputusan anda semua, pilihan anda adalah masa depan anda.. Jadi pilihlah yang menjamin masa depan anda.
Pilihan adalah keputusan anda semua, pilihan anda adalah masa depan anda.. Jadi pilihlah yang menjamin masa depan anda.