- Nak mencari kolej yang menawarkan kursus yang anda minati?
- Ingin mencari kolej swasta dengan yuran yang rendah?
- Anda perlukan bantuan kewangan? Pinjaman dan elaun bulanan?
- Ingin kolej yang mempunyai reputasi yang baik?
Kami boleh membantu. Kepakaran kami adalah sebagai career konsultan yang boleh membantu anda memilih kolej dan kursus yang sesuai.
Hubungi kami untuk mendapat maklumat yang boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat.
Khidmat nasihat kami adalah PERCUMA.
Kami tidak mewakili mana-mana kolej dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.
Pilihan kolej adalah hak anda.
Kami mengalu-alukan supaya anda juga membuat kaji selidik sendiri. Dengan berbekalkan maklumat daripada kami dan kajian anda sendiri, anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat.
Pinjaman PTPTN dan MARA
Pinjaman PTPTN
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Pinjaman MARA
Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Objektif Pinjaman Mara adalah untuk menambah gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.
Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
Laman web MARA
Maklumat Tentang Kursus & Kolej
Terdapat ratusan institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menawarkan banyak jenis kursus dalam pelbagai bidang. Setiap kolej swasta berbeza dari segi :
- Kursus yang ditawarkan
- Yuran
- Kualiti pensyarah
- Reputasi kolej dan kursus
- Kemudahan dan sebagainya.
- Sudah pasti, anda akan mengambil masa untuk mendapat semua maklumat tentang kursus yang anda minati.
Satu lagi alternatif adalah merujuk kepada mana-mana pihak yang telah mengumpul maklumat tersebut. Ini akan menjimat masa anda dan membantu anda mengurangkan senarai kolej kepada beberapa kolej terpilih.
Hubungi kami untuk mengetahui maklumat mengenai kolej yang menawarkan kursus yang anda minati. Kami boleh membekalkan maklumat mengenai:
- Kursus-kursus yang ditawarkan oleh kolej-kolej swasta
- Partner Universiti (tempatan dan negara asing)
- Pengiktirafan kursus oleh kerajaan (Lembaga Akredatasi Negara – LAN dan MQA)
- Kos Kursus (Yuran dan bayaran lain)
- Syarat Pengambilan Pelajar (keputusan SPM, matrikulasi, pengalaman kerja dan sebagainya)
- Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPTN, MARA)
- Infastrukur Sokongan (Asrama, Perpustakaan, Bilik komputer, dan sebagainya)
- Aktiviti Persatuan Pelajar dan Aktiviti sukan