MARA memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa bagi 3 program diploma :
1)Diploma Teknologi Maklumat
2)Diploma Sains Komputer
3)Diploma Perakaunan
Syarat Dan Kelayakan Untuk Mendapatkan Pendahuluan Adalah:
- Pendapatan kasar bulanan ibubapa / penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi ibubapa / penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
- Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
- Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan / Pra Universiti atau Diploma atau Higher National Diploma (HND) atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS, IPTA atau IPMa di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).
- Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.
- Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).
- Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke Pejabat MARA Negeri dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.
- Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut alamat terkini pelajar.Daftar Sekarang..SMS<NAMA><ALAMAT><SPM> KE 012-9182920