|
PELAWAT
MAKLUMAT TERKINI
JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah
DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...
INFO BARU
PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709
BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS
Khamis, 11 April 2013
JUMPA ANDA DISANA - BAGI SESI PENDAFTARAN
Rabu, 10 April 2013
Isnin, 8 April 2013
Karnival Pengajian Tinggi Negara “JOM MASUK U” - PERSADA JOHOR
Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan tagline “JOM MASUK U”.
Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan. Mereka yang mendapat manfaat adalah lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014.
- Pameran Pendidikan 1Dream 2U
- Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara 1Dream 2U bersama pemimpin masyarakat,
- Cabutan Bertuah Jom Masuk U
- Cabutan Perdana Jom Masuk U
- Kuiz Jom Masuk U
- Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
- Semakan syarat khas kelayakan program
- Permohonan Aplikasi Dalam Talian
- Pendaftaran Sahabat UPU
- Info Hut
- Taklimat kenali IPTA / Politeknik / ILKA
- Pertandingan Foto Maya dan Teka Silang Kata
- Liputan radio secara langsung.
Pameran Pendidikan
Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U.
Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah
- 20 IPTA
- 100 IPTS terpilih
- Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) dan Malaysian Qualification Agency MQA).
- Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
- Yayasan Negeri
- Agensi pembiayaan pendidikan
- Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.
Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.
Jumpa anda Disana !!
Untuk yang ingin Mendaftar Jumpa disana..
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
SESI PENDAFTARAN JULAI 2016 PENDAFTARAN BAGI KEMASUKAN KE IPTS KOLEJ UNITI KOLEJ UNITI adalah sebuah kolej yang dimiliki 100% ...
-
Khas untuk Lepasan PMR/SPM yang GAGAL SAHAJA!!! GAGAL bkn bermakna anda TEWAS!!! JOM SAHUT CABARAN Tawaran kemasukan ke Institu T...