Skim ini bertujuan untuk meningkatkan penawaran tenaga kerja terlatih bagi industri yang ditentukan bersama oleh PSMB dengan industri berkenaan. Skim ini juga membolehkan majikan yang berdaftar dengan PSMB bergiat aktif dalam aktiviti latihan. Perantis dipilih daripada pelajar lepasan PMR atau SPM. Latihan perantisan ialah kombinasi teori dan praktikal di tempat penyedia latihan dan latihan praktikal yang berstruktur di premis majikan penaja. Kurikulum latihan dibangunkan berasaskan modul.
Selepas tamat latihan bagi setiap kombinasi modul di institut latihan, perantis akan menjalani latihan “On-the-Job” di premis majikan penaja untuk memperkukuhkan lagi apa yang telah dipelajari. Tempoh latihan ialah di antara 6 -16 bulan bergantung kepada keperluan industri.
Pemilihan perantis adalah melalui sesi temuduga yang diadakan oleh majikan dan PSMB.
Yuran pengajian dibayar sepenuhnya oleh PSMB. Perantis akan diberi elaun bulanan antara RM350.00 - RM500.00 dan perlindungan insuran oleh majikan. Majikan penaja layak menuntut bantuan kewangan pada kadar 100% bagi kos-kos yang dibenarkan (elaun bulanan perantis, insuran dan bahan latihan guna habis, jika ada).
Selepas tamat latihan dengan jayanya, perantis akan ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Sijil Perantisan akan dikeluarkan oleh PSMB.
Tawaran ini adalah terhad!! Program ini telah di serahkan kepada College MCS untuk menjalankan Program Sijil Perantisan Mekatronik. Program ini terhad kepada 20 pelajar sahaja.
Untuk lepasan SPM anda di jemput untuk menghadiri temeguda pada 20/02/2013 & 21/02/2013
Untuk sebarang pertayaan sila hubungi En.Shamsul - 012 918 2920 dengan segera!!
College MCS
Lot 1, Aim Point Plaza,
Lot 1, Aim Point Plaza,
Bandar Sungai Emas,
42700 Banting,