PELAWAT
MAKLUMAT TERKINI
Tajaan khas oleh Starway Professional Educare
🎓 BIASISWA PENUH! Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak – UNIRAZAK Tajaan khas oleh Starway Professional Educare Starway Professional Educa...
INFO TERBARU
PENGAMBILAN SSESI 2025 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709
BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS
Khamis, 29 November 2012
3 TABIAT KEWANGAN SIHAT
3 TABIAT KEWANGAN SIHAT
Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!
1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu
3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan
Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!
1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu
Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan.
Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri
terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita,
sebahagian daripada pendapatan kita perlu diketepikan untuk diri
sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja
perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk
dibelanjakan!
Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya,
ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka
10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat
menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh
dinaikkan sehingga 20% dan lebih!
Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita
tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah
tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu.
Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.
2. Tabiat menjejak wang masuk dan keluar
Kekayaan
bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud,
berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000
sebulan, tetapi perbelanjaan Rm15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai
yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!
Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan
mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita
pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;)
Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki
smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh
didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.
Tabiat
mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak
wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.Dengan mengetahui segala wang
keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan
pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan
sekiranya perlu.
3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan
Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan.
Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan
pendapatan.
Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca
dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan
memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita
bersikap berhati-hati sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita
terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan
dapat dibina dengan lebih pantas.
Aliran pendapatan boleh
terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan
perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya.
Kebanyakan orang
kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja,
tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat
ini, sebagai tabiat anda!
DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!
DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!
Bagi peminat Dinar Iraq, janganlah risau jika blog ini tidak dikemaskini. Saya diberitahu, tahun ini, Dinar tidak akan diapungkan. Suasana di Amerika, Syria dan Iran pada masa kini tidak memberi rangsangan yang baik kepada ekonomi Iraq. Tambahan pula kes Shabibi yang perlu diatasi oleh CBI.
Dalam tempoh 2 bulan lagi sebelum berakhir 2012, marilah kita bercuti dengan mempelajari pelbagai ilmu dunia dan akhirat. Ilmu dunia untuk hidup sehingga ...rasanya tak sampai 80 tahun. Susah-susah pun kata orang setakat pulohan tahun sahaja. Yang penting ilmu akhirat kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan yang tiada kesudahannya... infiniti kata orang matematik. Woooo.
Insyallah saya akan sms kepada penyimpan Dinar jika tiba-tiba Dinar diapungkan. Ha ha. Saya masih simpan no talipon saudara semua. Maklomlah selepas ini kita akan menubohkan kelab jutawan Dinar dan kita berumarah beramai-ramai. Jika ada hajat nak pasang satu lagi, cukuplah simpan dalam hati. Jika tidak, jenuh ke seberang mencari sijil nikah "terbang". Ha ha. Ini pun satu bisnes juga, mengurus kes poligami. Wooooo. Saya tak reti tetapi ramai kawan saya di Kelantan, pakar dalam bab ini. Ha ha.
Penganalisa dinar Iraq seperti Just Hopin dan Adam Montana masih berkeyakianan tinggi bahwa Dinar Iraq bakal menguat, dan diapungkan. Mana mungkin matawang asing bernilai kurang 1 sen dari USD. Tambahan pula bagi sebuah negara pengeluar minyak nombor wahid di dunia. Masyaallah, Insyallah, Tawakkaltu alallah. Jika tak jadi juga, nauzubillah, syusahlah kita.....he he.
Ya, 2 bulan lagi kita akan masuk ke game final, menunggu Dinar diapungkan. Ketika Dinar baru ini diterbitkan pada 2003, penganalisis meramalkan tahun 2013 adalah sebagai tahun yang ditunggu-tunggu. Bersedialah.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
SESI PENDAFTARAN JULAI 2016 PENDAFTARAN BAGI KEMASUKAN KE IPTS KOLEJ UNITI KOLEJ UNITI adalah sebuah kolej yang dimiliki 100% ...
-
Khas untuk Lepasan PMR/SPM yang GAGAL SAHAJA!!! GAGAL bkn bermakna anda TEWAS!!! JOM SAHUT CABARAN Tawaran kemasukan ke Institu T...

