PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Khamis, 29 November 2012

3 TABIAT KEWANGAN SIHAT

3 TABIAT KEWANGAN SIHAT

Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!

1.       Bayar diri sendiri terlebih dahulu

Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan  kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!

Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!

Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.

2.       Tabiat menjejak wang masuk dan keluar

Kekayaan bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan Rm15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!

Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;) Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.

Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.

3.       Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.

Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati  sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya. 

Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!


DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!


DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!
Bagi peminat Dinar Iraq, janganlah risau jika blog ini tidak dikemaskini.  Saya diberitahu, tahun ini, Dinar tidak akan diapungkan. Suasana di Amerika, Syria dan Iran  pada  masa kini  tidak memberi rangsangan yang  baik kepada ekonomi Iraq.  Tambahan pula kes Shabibi yang perlu diatasi oleh CBI.

Dalam tempoh 2 bulan lagi sebelum berakhir 2012, marilah kita bercuti dengan mempelajari pelbagai ilmu dunia dan akhirat.  Ilmu dunia untuk hidup sehingga ...rasanya tak sampai 80 tahun. Susah-susah pun kata orang setakat pulohan tahun sahaja.  Yang penting ilmu akhirat kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan yang tiada kesudahannya... infiniti kata orang matematik. Woooo.

Insyallah saya akan sms kepada penyimpan Dinar jika  tiba-tiba Dinar   diapungkan. Ha ha. Saya masih simpan no talipon saudara semua. Maklomlah selepas ini kita akan menubohkan kelab jutawan Dinar dan kita berumarah beramai-ramai. Jika ada hajat nak pasang satu lagi, cukuplah simpan dalam hati. Jika tidak,  jenuh ke seberang mencari sijil nikah "terbang".  Ha ha. Ini pun satu bisnes juga, mengurus kes poligami. Wooooo.  Saya tak reti tetapi ramai kawan saya di Kelantan, pakar dalam bab ini. Ha ha.

Penganalisa dinar Iraq seperti Just Hopin dan Adam Montana masih berkeyakianan tinggi bahwa Dinar Iraq bakal menguat, dan diapungkan. Mana mungkin matawang asing bernilai kurang 1 sen dari USD. Tambahan pula bagi sebuah negara pengeluar minyak nombor wahid di dunia. Masyaallah, Insyallah, Tawakkaltu alallah. Jika tak jadi juga, nauzubillah, syusahlah kita.....he he.

Ya, 2 bulan lagi kita akan masuk ke game final, menunggu Dinar diapungkan. Ketika Dinar baru  ini  diterbitkan pada 2003, penganalisis meramalkan tahun 2013 adalah sebagai tahun yang ditunggu-tunggu. Bersedialah.

Rabu, 28 November 2012

Sijil Food & Beverage (sepenuh masa)



Tahap 1
(Pramusaji)


Pramusaji bukanlah sebuah tudung saji dan bukan juga orang yang bernama Saji mahupun majalah Saji tu. Jadi apakah pramusaji? Aku kasi hint skit la...Ade kaitan la dgn makanan.

ok la.Pramusaji atau biasa orang panggil pelayan makanan/waiter bagi laki atau waitress bagi pompuan. Dan perkataan ini membawa kepada kisah silam aku waktu tingkatan 4 dulu semasa aku bersekolah asrama.

Time tu aku gi bilik guru jap, nak jumpe cikgu Fizik aku bernama Cikgu Saidah. Tak ingat lak sebab apa. Tetibe je lps tu cikgu Saidah offer aku jawatan ni untuk majlis dinner Ala-Barat yang akan dibuat beberapa minggu lagi.

Aku mula-mula agak blur plus neves. Menatang apekah pramusaji and ape yang aku kene buat ni time dinner tu?
Selepas cikgu kasi tau ape tugas yang aku akan buat sbgai pramusaji tu, tanpa berpikir panjang, aku accept je la offer Cikgu Saidah tu. Mesti menarik jadi waiter ni kot pikirku.

Sejak ari tu,aku pun start gi mencari baju nak pakai time dinner nanti. Katenye cikgu Saidah, kene pakai baju kemeja kaler putih, seluar slack itam, tudung itam ngan kasut tutup kaler hitam. Tade susah sgt pun nak cari outfit ni daripada pelajar2 lain yg kene pikir nak pakai apa malam tu.

Awal-awal lagi Cikgu Saidah dh bgtau. Para pramusaji, kene turun awal sikit malam tu. Die suh makan awal2. Makanan malam tu best woo. Black pepper steak. Makanan western la. Kate dinner Ala-Barat. Ah lupe nak kasi tau, sebenarnya Majlis Makan Malam Ala-Barat ni bertujuan utk mengekspose para pelajar cara-cara/etika makan di restoren yg serve makanan Barat kan. Maybe ni agenda biase sekolah asrama penuh kot. Tak tau la sekolah asrama penuh yang lain ade buat ke tak.

Makanan yang sedap tu aku dpt makan dlm 10 minit je. Tak sempat pun nak menghayati kesedapannya. Arghh..tension jugak bila pikir balik dah la sekali setahun. Biaq pi la. Selesai je, aku trus amik port kat meja VIP. Standby kat situ sementara tunggu acara start.

Sampai je VIP, trus majlis start, after ucapan ape bende sume, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Iaitu acara makan. Berlentung-lentang la bunyi sudu garpu budak-budak lain menjamah black pepper steak dorg.

Tugas aku pun start jugak. Gi amik makanan kat dapur. Serve kat VIP. Disebabkan aku ni nervous sgt sbb kene serve cikgu penolong kanan yg agak garang tu, time aku nak amik plate main course die, garpu terjatuh ke lantai.

"Oopss". Tu je perkataan yang terpacul dari mulut aku. Cikgu penolong kanan dah pandang aku buat muka garang die dah. Cepat-cepat aku kutip garpu tu trus ke dapur. Jantung aku berdegup kencang ala ala ribut taufan tropika dah. Bedarau darah aku naik ke muka menahan malu.

Lepas tu, dalam hati aku cepat la abis dinner ni. Tension aku memikirkan hal tadi. Aku cube bertenang dan cube untk tidak bertentang mata ngan cikgu penolong kanan tersebut. Dan begitu la aku sampai abis majlis.

Selesai je sume pelajar naik ke bilik semasing, hati aku lega yang teramat sgt. Penat pun ada. Geram pun ada. Ye la orang sume sedap2 makan, aku kene serve orang. Padan muka aku. Nak jadi pramusaji sgt kan...

Untuk melepaskan gian menjadi pramusaji, main la game ni ~dinner dash

copy/paste from http://warnapurple.blogspot.com/2011/10/pramusaji.html

Popular Posts