PELAWAT

MAKLUMAT TERKINI

JOM DAFTAR - Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH Panggilan kepada pelajar lulusan SPM yang masih tercari-cari peluang sambung belajar. Mengapa kerjaya dala...

INFO BARU

KEMASUKAN!! PENGAMBILAN SESI 2024 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (EN. SHAMSUL) PENGAMBILAN SSESI 2024 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: ENCIK SHAMSUL - 010-2360709 BORANG ATAS TALIAN DAN PERMOHONAN BIASISWA ICMS

Jumaat, 26 Oktober 2012

Tiada Aidiladha di Syria - Bantu Meraka!!

Damsyik: Seperti kebanyakan rakyat Syria lain yang terpaksa menghadapi keperitan perang, Abu Hamid tidak akan menyembelih haiwan korban pada sambutan Aidiladha tahun ini. Beliau lebih bimbangkan keselamatan dan nyawanya. 

Tidak ada sambutan Aidiladha tahun ini kerana semua rakyat Syria menjadi pelarian. Saya sendiri bimbangkan keselamatan dan nyawa saya, katanya ketika ditemui wartawan di sebuah pasar ternakan di Aleppo. 
Hamid berkata serangan udara di kawasan kejiranannya di Aleppo menyebabkan beliau, isteri, lima anak dan anggota yang lain terpaksa berpindah dan berlindung di kedainya di pinggir bandar itu. 

Perniagaan semakin lembab. manakala peniaga kambing bertungkus-lumus mencari pembeli ternakan mereka dalam tempoh beberapa hari sebelum menjelang Aidiladha. 

Saya datang ke pasar hanya untuk mengisi masa lapang dan melihat apa yang berlaku, tetapi saya tidak membeli walau seekor kambing untuk dikorbankan pada Aidiladha kerana saya tiada wang, katanya. 

Di pasar itu, Hamid melihat banyak kambing pelbagai saiz diletakkan di sebuah kawasan khas untuk dijual, tetapi tidak ramai pelanggan yang datang dan terlalu sedikit pembeli. 

Tahun ini tidak sama seperti tahun lalu. Tahun ini tiada Aidiladha di Syria, kata Mohammed Aasi, 20, yang mempunyai sebuah kedai pakaian di Aleppo. 
Aasi berkara beliau datang untuk membeli kambing tetapi tidak dapat mencari yang sesuai, manakala harga haiwan itu sangat mahal iaitu kira-kira 15,000 pound Syria (RM662). 

Tahun lalu, harganya antara 11,000 hingga 12,000 pound (RM485 hingga RM529). Penduduk tidak mempunyai wang walaupun untuk membeli pakaian baru dan tiada apa-apa yang istimewa kerana semua orang sedang berdukacita, katanya. 

Harapan untuk gencatan senjata di Aleppo ketika Aidiladha juga seperti yang diumumkan utusan damai Lakhdar Brahimi juga tidak menentu. 

Mungkin ada gencatan senjata, saya tidak pasti, tetapi tidak banyak pertempuran hari ini, katanya. 

Pihak pentadbiran sebuah hospital sementara berkata, hanya enam orang dibawa untuk mendapatkan rawatan semalam, kebanyakannya kerana kecederaan dan mengandaikan ia mungkin kerana gencatan senjata. 
Agensi 

Ubah Gaya Hidup!!


Asal-Usul Aidiladha


Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan 
wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Popular Posts