PELAWAT

INFO BARU

KEMASUKAN PROGRAM LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE!! PENGAMBILAN 2021 BERMINAT HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) PENGAMBILAN 2022 DIBUKA SEKARANG. HUBUNGI: 010-2360709 (𝓔𝓷.𝓒𝓱π“ͺ𝓢𝓼𝓾𝓡) DAFTAR

Tuesday 12 March 2013

Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA


Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA




Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memohon kadar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara. Permohonan tersebut adalah penting untuk mengurangkan kadar pinjaman pelajaran MARA anda.
Berikut adalah pointer(diploma/ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)

Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA:

i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas
(Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di dalam negara)

ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA

iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) :
  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)
Cara Buat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA
1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA
2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.
3. Cetak Borang Permohonan dan Sertakan
i. Borang Permohonan
ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
iii. Transkrip rasmi
Sila hantar dokumen anda dalam tempoh 30 hari permohonan ke:

Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.


Sumber: Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA | melvister.com 

No comments:

Popular Posts